Tahap pengetahuan guru dan sokongan pentadbir terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah di Daerah Klang

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan guru dan tahap sokongan

pentadbir terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Selain itu, kajian juga

untuk mengenal pasti perbezaan antara pengetahua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suhaila Muner
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9660
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan guru dan tahap sokongan

pentadbir terhadap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Selain itu, kajian juga

untuk mengenal pasti perbezaan antara pengetahuan guru dengan tempoh perkhidmatan

serta melihat hubungkait antara pengetahuan dan tahap sokongan pentadbir terhadap

pelaksanaan PBD di daerah Klang. Pendekatan secara kuantitatif digunakan melalui soal

selidik ke atas 500 orang guru sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Kaedah

pensampelan rawak berstrata mengikut nisbah dilaksanakan bagi mendapat bilangan

antara murid yang seimbang. Kajian menggunakan analisis deskriptif terhadap tahap

pengetahuan guru dan sokongan pentadbir. Analisis variasi Anova sehala pula

digunakan untuk mengenal pasti perbezaan antara tahap pengetahuan dengan tempoh

perkhidmatan dan analisis inferensi korelasi untuk mencari hubung kait antara dua

pemboleh ubah. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan guru adalah tinggi terhadap

pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah iaitu (min = 4.352, SP 0.454). Nilai min

keseluruhan bagi tahap sokongan pula ialah (min = 4.197, SP 0.546). Keputusan ujian

Anova sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap

pengetahuan dengan tempoh perkhidmatan melalui Eta kuasa dua iaitu sebanyak 0.025.

Nilai korelasi menunjukkan hubungan yang signifikan antara pengetahuan dengan

pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah iaitu r(500)=0.730, p=0.00 (p<0.01). Nilai korelasi

sokongan pentadbir dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah mendapati hubungan

yang signifikan iaitu r(500)=0.730, p=0.00 (p<0.01). Kesimpulannya, pengetahuan dan

sokongan pentadbir merupakan aspek penting dalam menjamin pelaksanaan PBD.

Implikasi kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan sokongan pentadbir yang tinggi

dilihat dapat membantu guru melaksanakan PBD dengan lebih baik. Kajian terhadap

pelaksanaan PBD atas talian perlu dilaksanakan untuk melihat tahap pengetahuan guru

yang lebih meluas.