Pembangunan dan pengujian kebolehgunaan aplikasi Augmented Reality, Carbon-ARy bagi tajuk sebatian karbon dalam matapelajaran Kimia

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah aplikasi Augmented Reality

Carbon-ARy yang mengandungi tajuk Sebatian Karbon sekolah menengah sebagai

sebuah alat bantu mengajar yang boleh diguna pakai semasa sesi pen...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Izzul Syahmi Che Russlee
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9662
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah aplikasi Augmented Reality

Carbon-ARy yang mengandungi tajuk Sebatian Karbon sekolah menengah sebagai

sebuah alat bantu mengajar yang boleh diguna pakai semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran Kimia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian Pembangunan

berdasarkan model ADDIE. Pemilihan responden adalah menggunakan kaedah

Persampelan Bertujuan bagi mentadbir Kaji Selidik Analisis Keperluan Pembangunan

Aplikasi dan Kaji Selidik Kebolehgunaan Aplikasi. Pengujian kebolehgunaan turut

dilaksanakan terhadap lima orang guru Kimia. Hasil kesahan pakar memperoleh nilai

pekali 0.93 bagi Content Validity Index dan diterima, Dapatan kebolehgunaan,

mencatatkan nilai min yang tinggi bagi enam atribut yang dinilai iaitu; (i) keserasian

guru dengan aplikasi (min: 70, sisihan piawai: 35.45), (ii) reka bentuk dan paparan

aplikasi (min: 71, sisihan piawai: 30.23), (iii) keberkesanan antara muka aplikasi (min:

80, sisihan piawai: 16.32), (iv) kebolehpercayaan dan kesahan kandungan aplikasi

(min: 100, sisihan piawai: 0), (v) kemampuan aplikasi sebagai bahan sokongan

pembelajaran (min: 96.66, sisihan piawai: 8.16), dan (vi) kebolehoperasian aplikasi

(min: 86.66, sisihan piawai: 20.65). Sebagai implikasi, kajian ini berjaya satu inovasi

pendidikan melalui penghasilan aplikasi Augmented Reality, Carbon-ARy bagi tajuk

Sebatian Karbon dalam subjek Kimia. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya

membangunkan aplikasi Augmented Reality, Carbon-ARy yang mempunyai kesahan

dan kebolehgunaan yang baik.