Pembangunan model pembelajaran kemahiran sosial berasaskan nilai-nilai kerohanian untuk kanak-kanak tadika

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah model pembelajaran kemahiran

sosial berasaskan nilai-nilai kerohanian untuk kanak-kanak tadika. Pembinaan model

ini adalah berdasarkan pendekatan Rekabentuk dan Pembang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Albaree Abdul
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9667
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah model pembelajaran kemahiran

sosial berasaskan nilai-nilai kerohanian untuk kanak-kanak tadika. Pembinaan model

ini adalah berdasarkan pendekatan Rekabentuk dan Pembangunan (Design and

Development Research, DDR). Berpandukan pendekatan DDR, kajian ini terbahagi

kepada tiga fasa utama. Fasa I adalah Fasa analisis keperluan yang menggunakan satu

set borang soal selidik yang melibatkan 120 orang guru tadika. Data maklum balas

yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social

Sciences (SPSS) versi 26.0 untuk melihat peratusan, skor min, dan juga sisihan

piawai. Bagi Fasa II pula adalah Fasa rekabentuk dan pembangunan model yang

melibatkan sekumpulan panel pakar pembangunan yang terdiri daripada 9 orang.

Terdapat dua subfasa dalam fasa ini iaitu fasa rekabentuk yang menggunakan

pendekatan Nominal Group Technique (NGT), dan fasa pembangunan yang

menggunakan pendekatan Interpretive Structural Modelling (ISM). Seterusnya, Fasa

III adalah Fasa penilaian kebolehgunaan model yang melibatkan sekumpulan panel

pakar pelaksana yang terdiri daripada 14 orang guru tadika. Penilaian kebolehgunaan

ini telah dilaksanakan menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi Method (FDM).

Dapatan keseluruhan fasa I menunjukkan terdapat kewajaran untuk membangunkan

sebuah model bagi membantu meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak (M= 4.70,

SP= 0.504). Dapatan kajian juga mendapati bahawa tahap pengetahuan responden

kajian berkenaan dengan kemahiran sosial untuk kanak-kanak masih berada di tahap

yang sederhana (M= 3.48, SP=1.04). Dapatan fasa II pula telah menghasilkan 29

elemen model pembelajaran kemahiran sosial berasaskan nilai-nilai kerohanian dan

dikelaskan kepada tiga dimensi utama hasil daripada konsensus pakar-pakar yang

terlibat. Bagi dapatan fasa III, hasil menunjukkan konsensus yang tinggi dalam

kalangan pakar terhadap kebolehgunaan model yang dibangunkan (d 0.2, peratusan

75%, nilai cut 0.5). Kesimpulannya, kajian ini mengusulkan satu model

pembelajaran kemahiran sosial berasaskan nilai-nilai kerohanian sebagai usaha awal

dalam melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keperibadian dan sahsiah terpuji

sebagai memenuhi keperluan dan perkembangan kanak-kanak tadika. Model ini

berupaya menjadi garis panduan kepada guru-guru tadika dalam melaksanakan

pembelajaran yang memberi tumpuan kepada aspek kemahiran sosial berteraskan

nilai-nilai kerohanian untuk kanak-kanak tadika.