Kesan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek terhadap pencapaian dan motivasi pelajar

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan antara kaedah Pembelajaran

Berasaskan Projek (PBP) dan kaedah konvensional, dengan melihat kesan kedua-dua

kaedah ini terhadap pencapaian dan motivasi pelajar bagi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Zulaiha Jerai
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9672
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan antara kaedah Pembelajaran

Berasaskan Projek (PBP) dan kaedah konvensional, dengan melihat kesan kedua-dua

kaedah ini terhadap pencapaian dan motivasi pelajar bagi topik Reka Bentuk

Akuaponik dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi tingkatan dua. Kajian

ini juga mengenal pasti pengaruh jantina terhadap pencapaian pelajar yang mengikuti

proses pembelajaran menggunakan kaedah PBP. Reka bentuk kajian ialah kuasi

eksperimen yang melibatkan Kumpulan Rawatan dengan jumlah pelajar 31 orang dan

Kumpulan Kawalan dengan jumlah pelajar 26 orang daripada dua buah sekolah

menengah di daerah Hilir Perak. Data kajian berkaitan pencapaian pelajar dikumpul

melalui instrumen ujian pencapaian pra dan pasca, manakala data berkaitan motivasi

dikumpul melalui instrumen soal selidik. Analisis statistik nilai min dan ujian-t

dijalankan ke atas data yang dikumpul dengan menggunakan perisian Statistical

Package for the Social Science. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah PBP

(M=66.26, SP=13.53) memberi kesan yang lebih baik terhadap pencapaian pelajar

berbanding kaedah konvensional (M=49.54, SP=9.57) dengan perbezaan yang

signifikan iaitu t(55)=5.287, p=0.000 dan kesan ini juga tidak dipengaruhi oleh jantina

(Lelaki: M=65.88, SP=13.76; Perempuan: M=66.67, SP=13.74) dengan perbezaan

yang tidak signifikan iaitu t(29)=-0.160, p=0.874. Seterusnya, kajian juga mendapati

tahap motivasi intrinsik pelajar yang melalui proses pembelajaran menggunakan

kaedah PBP (M=3.73, SP=0.309) lebih baik berbanding pelajar yang didedahkan

dengan kaedah konvensional (M=3.14, SP=0.318) dengan perbezaan yang signifikan

iaitu t(55)=7.087, p=0.000. Oleh itu, kajian ini merumuskan bahawa penggunaan

kaedah PBP dalam proses pembelajaran adalah lebih baik berbanding kaedah

konvensional dalam meningkatkan pencapaian dan motivasi pelajar. Kajian ini juga

memberi implikasi bahawa pihak sekolah terutama daripada bahagian pentadbiran

perlu memberi sokongan dan dorongan kepada guru untuk melaksanakan

pembelajaran menggunakan kaedah PBP yang lebih baik dan berkesan.