Pengaruh sokongan sosial terhadap kesediaan belajar dan amalan patriotisme dalam kalangan murid sekolah menengah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan belajar dan amalan patriotisme dari

aspek sokongan sosial dalam kalangan murid sekolah menengah. Aspek sokongan sosial

yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Parvathy Rajan Naidu
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9673
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan belajar dan amalan patriotisme dari

aspek sokongan sosial dalam kalangan murid sekolah menengah. Aspek sokongan sosial

yang diberi tumpuan dalam kajian ini ialah sokongan keluarga, peranan guru, peranan

rakan sebaya dan sekolah. Kajian ini merupakan kajian kes dengan pendekatan kualitatif

yang terdiri daripada 15 orang peserta kajian iaitu 6 orang murid sekolah menengah, 6

orang ibu bapa dan 3 orang guru dari daerah Kerian, Perak. Pensampelan bertujuan yang

melibatkan subjek kajian yang mempunyai masalah kesediaan belajar dan amalan

patriotisme digunakan. Data-data diperoleh daripada tiga jenis instrumen, iaitu protokol

temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data-data yang diperoleh, kemudian

ditriangulasi. Subjek kajian ditemu bual secara individu dan dirakam. Pemerhatian pula

dilakukan di luar bilik darjah dan di rumah subjek kajian. Data daripada analisis

dokumen, iaitu keputusan peperiksaan diperoleh daripada pihak sekolah. Dapatan datadata

temu bual ditentukan dengan proses pengesahan koding Cohen Kappa, iaitu

perkiraan indeks Cohen Kappa kajian ini ialah K = 0.98. Hasil kajian pengaruh latar

belakang keluarga, peranan guru dan rakan sebaya terhadap kesediaan belajar dan amalan

patriotisme menunjukkan aspek latar belakang keluarga melibatkan 10 (67%) subjek

kajian, peranan guru di luar dan di dalam bilik darjah melibatkan 7 (47%) subjek kajian

dan rakan sebaya melibatkan 1 (7%) subjek kajian. Kajian ini juga menunjukkan 13

(87%) subjek kajian mendapati sekolah memainkan peranan penting dalam peningkatan

kesediaan belajar dan amalan patriotisme. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa,

untuk meningkatkan kesediaan belajar dan amalan patriotisme, aspek keluarga, guru dan

sekolah perlu diberi perhatian khusus. Selain itu, peranan sekolah merupakan satu aspek

yang penting dalam pemupukan amalan patriotisme dalam kalangan murid sekolah

menengah. Sehubungan dengan itu, kajian ini diharap dapat membantu murid-murid yang

mempunyai masalah kesediaan belajar dan amalan patriotisme serta meningkatkan

kemudahan, kepakaran guru dan kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi di

sekolah.