Kesan kepadatan persekitaran konstruktif dalam proses urbanisasi menerusi pendekatan bricolage

Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan isu kepadatan yang wujud hasil daripada

proses urbanisasi dengan pendekatan bricolage yang diterjemahkan melalui sebuah

badan kerja berbentuk seni visual. Matlamat kajian in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Elias Yamani Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9681
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan isu kepadatan yang wujud hasil daripada

proses urbanisasi dengan pendekatan bricolage yang diterjemahkan melalui sebuah

badan kerja berbentuk seni visual. Matlamat kajian ini adalah merungkai potensi

bahan bukan konvensional yang terdiri daripada bahan buangan seperti bahan industri

dan domestik yang wujud di persekitaran Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Pembinaan siri karya yang dikenali sebagai Siri Projek dalam kajian ini ialah

rakaman refleksi lokaliti dan pemaknaan kesan sebenar aspek kepadatan. Penyelidikan

ini menggunakan pendekatan kajian studio melalui kaedah ekstraksi unsur di

persekitaran bandar. Kaedah ini kemudian digabung jalin dengan tujuan membentuk

hasil karya baharu melalui eksperimentasi serta olahan bahan terpakai. Kajian ini juga

mengadakan dua pameran rintis dan tiga sesi dialog yang turut menerima ulasan terus

daripada kumpulan berfokus, iaitu penyelidik, kurator dan pengkarya. Penyelidikan ini

menggunakan data sekunder yang relevan seperti bahan bercetak, audio visual dan

laman web. Hasil dapatan kajian ini menekankan potensi bahan terpakai dalam

pemberian maklumat, makna dan dokumentasi peradaban manusia yang terkesan dari

proses urbanisasi yang dipacu oleh globalisasi. Selain itu, kajian ini juga

menggunakan bahasa visual yang bersifat gabungan unsur jalinan, kasar, lusuh dan

tekstil untuk dimanifestasikan dalam pembinaan karya. Kesimpulannya, penggunaan

bahan bukan konvensional mampu memangkin makna kepadatan yang wujud di

persekitaran konstruktif untuk menghasilkan karya yang bersifat baharu. Implikasi

kajian ini memberi ruang kepada perkembangan seni visual tempatan dan menjadi

sumber rujukan bagi potensi bahan lebihan industri agar dapat diterjemah dan

dijelmakan dalam sebuah pengkaryaan yang bersifat eksplorasi.