Keberkesanan penggunaan lagu terhadap penguasaan bacaan awal Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan lagu terhadap penguasaan

bacaan awal Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Bacaan awal dalam kajian ini

merangkumi sebutan huruf vokal a, e, i, o, dan u,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Manisah Che Nawi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9691
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan penggunaan lagu terhadap penguasaan

bacaan awal Bahasa Inggeris kanak-kanak prasekolah. Bacaan awal dalam kajian ini

merangkumi sebutan huruf vokal a, e, i, o, dan u, sebutan huruf konsonan c, z, l, f, t, n, j,

p, m dan b. serta beberapa perkataan Bahasa Inggeris seperti Sunday, Monday, Tuesday,

Wednesday, Thursday, watch, play, draw, go to dan read. Seramai 40 orang kanak-kanak

prasekolah berumur lima tahun dari sebuah prasekolah di daerah Kulim Kedah terlibat

dalam kajian ini. Reka bentuk kajian eksperimental dilakukan ke atas kumpulan kawalan

dan kumpulan rawatan. Data kajian diperolehi melalui ujian membaca. Data dianalisis

menggunakan ujian- t berpasangan bagi mendapatkan min skor terhadap subjek dari

kedua-dua kumpulan ini. Dapatan kajian bagi ujian pra antara kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan tidak menunjukkan signifikan (2.5). Hasil dapatan ujian pasca

menunjukkan skor keseluruhan yang diperolehi oleh kumpulan rawatan bagi huruf dan

perkataan yang diuji adalah sebanyak 26.4 manakala skor keseluruhan bagi kumpulan

kawalan pula adalah 20.5. Kesimpulannya, terdapat perbezaan yang signifikan bagi

markah ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan (5.9).

Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan lagu telah membantu kanak-kanak prasekolah

terhadap penguasaan bacaan awal Bahasa Inggeris mereka dengan lebih baik

berbanding kaedah konvensional. Implikasi ke atas kajian ini menunjukkan bahawa lagu

sangat sesuai dan boleh diperluas dalam membantu kanak-kanak menguasai kemahiran

bacaan awal Bahasa Inggeris dengan lebih baik.