Keberkesanan modul amali sains sukan (MASS) terhadap pelajar sains sukan tingkatan enam

Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan Modul Amali Sains Sukan (MASS)

bagi pelajar Tingkatan Enam. Kaedah pra eksperimen kajian kes sekali melibatkan

seramai 196 orang pelajar Sains Sukan yang terdiri dari...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Hadi Salleh
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9702
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan untuk menilai keberkesanan Modul Amali Sains Sukan (MASS)

bagi pelajar Tingkatan Enam. Kaedah pra eksperimen kajian kes sekali melibatkan

seramai 196 orang pelajar Sains Sukan yang terdiri daripada 100 lelaki dan 96

perempuan. Pemilihan sampel secara intact sampling melibatkan lima buah sekolah

di Negeri Kedah. Kesahan kandungan bagi modul MASS diperoleh daripada enam

orang pakar dengan nilai r = 0.94 manakala nilai kebolehpercayaan ialah r = 0.92.

Analisis menunjukkan tahap pencapaian keseluruhan MASS ialah lelaki 91.8% dan

perempuan 91.6%. Ujian-t sampel tidak bersandar digunakan bagi membandingkan

skor min tahap pencapaian pelajar kumpulan kerja kursus dan MASS antara pelajar

lelaki dan perempuan. Bagi kajian ini, perbezaan peratus pencapaian kumpulan kerja

kursus menunjukkan nilai t (100) = -.367, p =.715 (p>0.05) dan perbezaan peratus

pencapaian bagi kumpulan MASS t-(194) = -7.06 p = 0.000 p(<0.05). Dapatan ini

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik antara peratus

berdasarkan kepada laporan panel pakar, persetujuan guru dan pencapaian pelajar

pencapaian kumpulan kerja kursus dan kumpulan MASS. Analisis tahap refleksi guru

terhadap penggunaan Modul Amali Sains Sukan Tingkatan Enam Sains Sukan

Tingkatan Enam (MASS) menunjukkan penerimaan 100%. Selain itu, analisis

melalui perkaedahan triangulasi (methodological triangulation) digunakan untuk

menilai kekuatan MASS menunjukkan nilai 95.2%. Kesimpulannya, modul yang

dibangunkan ini adalah mesra pengguna, memudahkan tugas guru, meliputi sistem

pentaksiran yang lebih adil merangkumi semua topik dalam sukatan mata pelajaran

sains sukan Tingkatan Enam. Implikasi daripada kajian ini ialah betapa pentingnya

penguasaan teori dan amali dalam bidang sains sukan perlu diberi penekanan dan

dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat

yang lebih tinggi. Penyelidik mencadangkan agar kajian berkaitan penggunaan modul

MASS ini dilaksanakan di seluruh negara kerana dapat memberi impak kepada proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bidang Sains Sukan.