Pengaruh ladang karas UPSI dan SR di negeri Perak terhadap komuniti fauna dan faktor fizikal

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh ladang karas (Aquilaria malaccensis)

terhadap komuniti fauna dan faktor fizikal. Kajian telah dijalankan di ladang karas

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari Ma...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9704 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh ladang karas (Aquilaria malaccensis)

terhadap komuniti fauna dan faktor fizikal. Kajian telah dijalankan di ladang karas

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari Mac 2016 hingga Ogos 2017 dan di

Kg. Tambak, Slim River (SR) dari Julai 2017 hingga Januari 2018. Ladang karas

UPSI dan SR masing-masing berusia dua dan empat tahun. Pertumbuhan pokok karas

diukur berdasarkan ketinggian, ukur lilit, bilangan daun, bilangan dahan dan

ketinggian dahan pertama dari paras tanah. Komuniti fauna pula adalah vertebrata

(burung dan mamalia kecil) dan invertebrata (serangga, anelida dan moluska). Faktor

fizikal yang dikaji termasuk suhu udara, kelajuan angin, keamatan cahaya dan kualiti

tanah. Kajian dijalankan selama tiga hari pada setiap bulan. Pertumbuhan pokok karas

menunjukkan bahawa ukur lilit dan ketinggian dahan pertama meningkat, manakala

ketinggian, bilangan daun dan bilangan dahan menunjukkan kenaikan dan penurunan

sepanjang tempoh pemerhatian. Kesemua fauna menunjukkan nilai Indeks

Kepelbagaian Shannon Wiener yang rendah (0.67 H 2.90). Ujian korelasi

Pearson menunjukkan hubungan yang signifikan (p<0.05) antara pertumbuhan pokok

karas dengan komuniti fauna kecuali serangga. Analisis regresi linear berganda

menunjukkan bahawa faktor yang paling mempengaruhi anelida adalah ketinggian,

bilangan daun dan bilangan dahan (p<0.05), manakala bagi moluska adalah bilangan

dahan (p<0.05). Ujian korelasi Pearson dan korelasi kanonik menunjukkan bahawa

kelajuan angin dan keamatan cahaya dipengaruhi oleh pertumbuhan pokok karas

(p<0.05). Kesimpulannya, pertumbuhan pokok karas telah mempengaruhi komuniti

fauna dan faktor fizikal di ladang UPSI dan SR. Implikasinya, kajian ini menunjukkan

peladangan karas mampu menyumbang kepada peningkatan biodiversiti fauna dan

pemulihan faktor fizikal.