Pidato hari ulang tahun kemerdekaan: kesan ucapan Sukarno terhadap dasar luar negara Indonesia 1962-1966

Disertasi ini merupakan kajian terhadap pidato Sukarno semasa hari ulang tahun

kemerdekaan Indonesia pada tempoh 1962-1966. Matlamat utama disertasi ini dilakukan

bagi mengkaji ideologi pemikiran Sukarno dalam setia...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nur Azureen Rusli
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2022
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9706
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:
Disertasi ini merupakan kajian terhadap pidato Sukarno semasa hari ulang tahun

kemerdekaan Indonesia pada tempoh 1962-1966. Matlamat utama disertasi ini dilakukan

bagi mengkaji ideologi pemikiran Sukarno dalam setiap ucapan hari ulang tahun

kemerdekaan Indonesia oleh beliau yang menjadi titik tolak dasar luar Indonesia,

membincangkan kesan ucapan hari ulang tahun kemerdekaan Indonesia oleh Sukarno

kepada dasar luar Indonesia dan menilai perlaksananaan revolusi Indonesia hasil dari

pemikiran Sukarno. Metodologi kajian yang digunakan ialah reka bentuk penyelidikan

secara kualitatif. Data diperoleh melalui analisis dokumen yang dapat menerangkan

proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku. Kajian sejarah adalah kajian yang

dijalankan untuk menganalisis dokumen seperti surat-menyurat, minit mesyuarat, fail

kerajaan, teks dalam majalah dan sebagainya yang diperolehi daripada Arkib Negara

Malaysia. Kajian juga dijalankan di perpustakaan universiti awam di Malaysia sepertidi

Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI dan Perpustakaan Zaba UM. Hasil kajian berjaya

membuktikan wujudnya korelasi penting di antara Pidato Sukarno pada hari ulang tahun

kemerdekaan dari tahun 1962 hingga 1966 dengan dasar luar negara Republik

Indonesia. Secara kesimpulannya, Sukarno merupakan seorang tokoh yang berjaya

membuka lembaran sejarah terpenting kepada Indonesia dan juga memberi contoh

kepada negara-negara lain. Kajian ini telah menyumbang kepada perbincanganbaharu

dalam sejarah Indonesia iaitu ucapan ulang tahun kemerdekaan Indonesia yang

disampaikan oleh Sukarno sebagai pemimpin negara yang mampu mempengaruhi dasar

luar Indonesia.