Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran peribahasa Tamil berasaskan aplikasi Quizlet dalam pembelajaran dan pemudahcaraan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

Kajian ini bertujuan mengenal pasti masalah pembelajaran peribahasa Tamil dalam

kalangan pelajar SJKT; menganalisis keperluan guru dalam penyediaan modul

pembelajaran peribahasa Tamil; membentuk dan membangunkan mod...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anushea Veni Veloosamy
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9710
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengenal pasti masalah pembelajaran peribahasa Tamil dalam

kalangan pelajar SJKT; menganalisis keperluan guru dalam penyediaan modul

pembelajaran peribahasa Tamil; membentuk dan membangunkan modul

pembelajaran peribahasa Tamil berdasarkan aplikasi Quizlet serta menilai

kebolehlaksanaan modul tersebut dalam kalangan murid Tahun Lima di SJK(T).

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan model ADDIE merangkumi tiga fasa,

iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk modul dan fasa penilaian. Reka bentuk

kajian ini ialah kaedah campuran, iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif.

Kajian ini dijalankan dalam kalangan 10 orang guru bahasa Tamil dan 60 orang murid

Tahun Lima di SJK(T). Data temu bual dianalisis secara kualitatif, manakala data soal

selidik serta ujian pra dan pasca dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan

IBM SPSS Statistics 26. Hasil dapatan kajian menunjukkan para pelajar menghadapi

masalah dalam mengingati dan menghuraikan maksud peribahasa Tamil

menggunakan kaedah pembelajaran tradisional. Dapatan juga menunjukkan sesuatu

bahan pembelajaran peribahasa Tamil yang baru berdasarkan teknologi terkini

diperlukan oleh guru semasa PdPc peribahasa Tamil. Dapatan kajian nilai

kesepakatan dalam pembinaan modul pembelajaran peribahasa Tamil menunjukkan

nilai konstruk (d konstruk) 0.094. Nilai konstruk (d konstruk) diterima kerana nilai

itu kurang daripada 0.2. Hasil dapatan menunjukkan murid-murid berpendapat modul

pembelajaran peribahasa Tamil sangat menarik dan seronok menggunakan aplikasi

Quizlet semasa PdPc peribahasa Tamil. Dapatan daripada guru-guru menunjukkan

modul pembelajaran peribahasa Tamil ini bersesuaian mengikut tahap murid dan

membantu murid-murid mengingati peribahasa Tamil dan maksudnya dengan lebih

mudah. Dapatan kajian turut menunjukkan kebolehlaksanaan modul peribahasa

Tamil ini yang dinilai dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan

kawalan dan rawatan. Nilai skor min antara ujian pra dengan ujian pasca bagi

kumpulan rawatan menunjukkan peningkatan signifikan sebanyak 6.77 skor min,

manakala kumpulan kawalan mencatatkan peningkatan lebih rendah, iaitu nilai skor

min 1.54 sahaja. Implikasi kajian menunjukkan bahawa modul pembelajaran

peribahasa Tamil berdasarkan aplikasi Quizlet dapat meningkatkan pencapaian murid

dalam pembelajaran peribahasa Tamil. Selain itu, modul pembelajaran ini turut boleh

menjadi bahan bantu mengajar tambahan yang berkesan kepada guru dan murid

dalam pembelajaran dan pemudahcaraan peribahasa Tamil. Sebagai cadangan diharap

guru-guru meningkatkan usaha untuk menerapkan strategi pembelajaran kendiri dalam

diri pelajar serta menggunakan kaedah pengajaran yang pelbagai bentuk dalam aktiviti

PdPc.