Minat pengetahuan dan halangan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kalangan guru

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah sekolah

menengah di Gerik, Hulu Perak. Aspek yang dikaji a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Awang Muda
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9711
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah sekolah

menengah di Gerik, Hulu Perak. Aspek yang dikaji adalah minat, pengetahuan

dan halangan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Bilangan sampel adalah

seramai 141 orang guru yang dipilih secara rawak dari tujuh buah sekolah di Gerik.

Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan data. Soal selidik ini

terdiri daripada 40 item yang merangkumi lima bahagian. Bahagian A: Demografi

responden; Bahagian B: Maklumat mengenai minat terhadap penggunaan TMK;

Bahagian C: Maklumat mengenai pengetahuan terhadap penggunaan TMK dan,

Bahagian D: Maklumat mengenai halangan penggunaan TMK. Data yang diperoleh

dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferensi melalui

kaedah Ujian t dan Kolerasi Pearson. Data-data soal selidik dikumpul dan dianalisis

dengan menggunakan taburan frekuensi, peratusan dan min untuk demografi responden,

Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan dan Korelasi Pearson untuk melihat

hubungan antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar. Dapatan

kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan minat menggunakan TMK mengikut

jantina guru. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang negatif antara

minat TMK dengan umur guru; pengetahuan TMK dengan umur guru; minat TMK

dengan pengalaman mengajar guru; pengetahuan TMK dengan pengalaman mengajar

guru; dan, minat TMK dengan halangan yang dihadapi guru dalam penggunaan TMK.

Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperoleh, beberapa cadangan telah

dikemukakan.