Kesan pengaplikasian alat bantu mengajar pengaturcaraan kawalan logik (PLC) ke atas pencapaian akademik pelajar kursus motor elektrik Sekolah Vokasional di kawasan Aceh, Indonesia

Alat bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran. Pengaplikasian alat

bantu mengajar dalam proses PdP adalah perlu bagi guru agar penyampaian

maklumat disampaikan dengan lebih jelas dan sistematik agar lebih...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hendri Pratama
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9741
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Alat bantu mengajar amat penting dalam proses pengajaran. Pengaplikasian alat

bantu mengajar dalam proses PdP adalah perlu bagi guru agar penyampaian

maklumat disampaikan dengan lebih jelas dan sistematik agar lebih mudah difahami.

Penyelidikan ini bertujuan membangun dan mengaplikasikan alat bantu mengajar

Pengatucaraan Kawalan Logik (PLC) sebagai sarana bagi membantu guru dalam

meningkatkan pemahaman dan pencapaian akademik pelajar pada kursus motor

elektrik di sekolah vokasional. Alat bantu ini telah dibangunkan oleh penyelidik

berdasarkan model reka bentuk ADDIE dan telah disahkan oleh tiga orang pakar.

Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen dan melibatkan dua kumpulan

pelajar yang mempelajari kursus motor elektrik. Populasi (N=333) dalam kajian ini

adalah pelajar sekolah vokasional tingkatan 3 di kawasan Aceh, Indonesia. Bilangan

sampel adalah seramai 98 orang, terdiri dari kumpulan rawatan (n=50) dan kumpulan

kawalan (n=48) yang dipilih dengan teknik rawak kluster. Instrumen yang digunakan

dalam kajian ini ujian pra-pos, protokol temu bual dan analisis dokumentasi bagi

mendapatkan triangulasi data. Ujian pra dan pos telah dijalankan untuk menilai

kefahaman pelajar tentang topik pengaturcaraan PLC. Nilai kebolehpercayaan KR20

item soalan ujian pra dan pos adalah 0.97. Selepas rawatan, ujian pos diberikan untuk

menganalisis perbezaan kesan antara penggunaan kaedah konvensional dengan

penggunaan kit yang dibangunkan. Hasil analisis deskriptif mendapati bahawa

kumpulan rawatan (min=80.56; SD=3.477) menunjukkan pencapaian akademik yang

lebih baik berbanding kumpulan kawalan (min=71.02; SD=3.3.987) dengan perbezaan

antara kedua kumpulan tersebut ialah 9.54%. Pada akhir kajian ini, keputusan telah

menunjukkan kesan positif terhadap pemahaman dan pencapaian akademik pelajar

pada topik pengaturcaraan pada kursus motor elektrik. Sehubungan itu, dapatan

kajian ini dapat dijadikan asas untuk memotivasi guru-guru untuk melakukan inovasi

pembelajaran melalui pembangunan ABM. Kajian ini pula telah menyokong program

kilang mengajar kerajaan dengan menghasilkan peluang kerja baharu dengan

menghasilkan ABM yang dapat dipasarkan ke sekolah-sekolah vokasional lain yang

memerlukan. Seterusnya penyelidik mencadangkan kajian tentang kesan

penggabungan ABM PLC ini ke dalam satu trend pembelajaran makmal secara virtual.