Penghijrahan dan petempatan masyarakat Banjar di Kerian, Perak 1905-1947

Penulisan ini adalah sebuah kajian tentang penghijrahan dan petempatan masyarakat

Banjar di Kerian, Perak dari tahun 1905 sehingga 1947. Masyarakat Banjar adalah

salah satu etnik dari Indonesia yang telah berhijrah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Farinah Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9746
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Penulisan ini adalah sebuah kajian tentang penghijrahan dan petempatan masyarakat

Banjar di Kerian, Perak dari tahun 1905 sehingga 1947. Masyarakat Banjar adalah

salah satu etnik dari Indonesia yang telah berhijrah ke Tanah Melayu sewaktu

pemerintahan British. Masyarakat Banjar memilih kawasan pantai barat untuk

dijadikan petempatan Tanah Melayu khususnya di Kerian, Perak. Antara kawasan

petempatan mereka ialah di Parit Buntar, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan

Serai, Semanggol dan Changkat Jering. Objektif kajian ini dijalankan bertujuan untuk

membincangkan isu penghijrahan masyarakat Banjar ke Tanah Melayu dan Perak

menjadi kawasan penempatan majoriti etnik ini. Faktor yang mendorong penghijrahan

yang berlaku turut dibincangkan untuk kefahaman bersama. Kajian ini bakal

mendedahkan cabaran yang dilalui masyarakat Banjar untuk hidup dengan

masyarakat tempatan dan cabaran mereka dalam mengekalkan adat dan budaya

mereka. Kajian ini juga akan turut mendedahkan peranan yang dimainkan oleh pihak

tertentu untuk melestarikan adat dan budaya mereka agar terus relevan dan diamalkan

oleh generasi seterusnya. Permasalahan yang cuba dirungkai dalam kajian ini adalah

berkenaan dengan cabaran bermasyarakat dalam kehidupan berhijrah khususnya

dalam soalan pengekalan adat dan budaya dengan memfokuskan kepada adat

Bapukung. Bapukung adalah satu kaedah untuk menidurkan bayi yang diamalkan

oleh masyarakat Banjar. Secara umumnya kaedah ini dilihat seolah-olah seperti

menyeksa bayi. Permasalahan yang seterusnya ialah merungkai kemelut penilaian

negatif masyarakat tempatan ke atas masyarakat Banjar yang dikatakan panas baran

dan sukar didekati. Selanjutnya kajian ini adalah untuk mendalami dan mengkaji

cabaran yang dihadapi masyarakat Banjar dalam menyesuaikan diri dengan

kepelbagaian etnik di Tanah Melayu serta usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu

untuk mengekalkan adat dan budaya dalam masyarakat Banjar. Kajian ini adalah

berbentuk kualitatif, maklumat didapati menerusi temubual yang dijalankan dengan

individu tertentu dalam masyarakat Banjar. Turut menggunakan kaedah pemerhatian

dengan melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti penduduk bagi memastikan

penilaian secara langsung dapat dibuat disamping untuk membuat penilaian keatas

sumber yang didapati. Dapatan daripada hasil kajian ini mengesahkan kewujudan

majoriti masyarakat Banjar di Perak dengan melihat kepada kesan peninggalan

sejarah serta pecahan suku yang terdapat di daerah Kerian. Kajian ini turut

menyangkal tomahan negatif terhadap mereka mengetengahkan keunikan adat dan

budaya yang disanjung berzaman lamanya seterusnya dapat memperlihatkan usaha

yang dijalankan oleh pihak tertentu bagi meneruskan kesinambungan adat dan budaya

dalam menghadapi cabaran arus pemodenan. Pengakhiran bab dalam kajian

diharapkan dapat membuka minda masyarakat dalam penerimaan mereka ke atas

masyarakat Banjar, menghormati kepelbagaian etnik dan dapat menjadi rujukan

ilmiah untuk kajian yang seterusnya.