Penerokaan Kemahiran Proses Sains Asas dan elemen STEM dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah menerusi Pendekatan Projek

Kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA)

dan elemen STEM dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah menerusi Pendekatan

Projek. Kajian ini dijalankan di Tadika di negeri Perak secara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khusnidar Muhammad Daud
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9748
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA)

dan elemen STEM dalam kalangan kanak-kanak Prasekolah menerusi Pendekatan

Projek. Kajian ini dijalankan di Tadika di negeri Perak secara kualitatif menggunakan

reka bentuk kajian pelbagai kes. Sampel kajian melibatkan 15 orang kanak-kanak, dua

orang pendidik serta lima orang ibu bapa. Data kajian diperolehi daripada hasil

triangulasi pelbagai sumber data iaitu pemerhatian, temubual separa berstruktur dan

analisis dokumen yang dianalisis dengan kaedah analisis naratif dan kandungan

berdasarkan kepada tema. Hasil kajian mendapati bahawa kanak-kanak telah

menguasai keseluruhan KPSA dan dua Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB).

Aspek elemen STEM yang dikuasai pula adalah pelbagai pengetahuan sains, kemahiran

saintifik dan spatial serta nilai. Semasa pelaksanaan, pendidik menghadapi beberapa

cabaran di antaranya kekurangan dari segi alat untuk menjalankan sesuatu aktiviti,

pengetahuan pedagogi pendidik dalam konteks pengajaran topik sains, aras

pengetahuan kanak-kanak dan ibu bapa serta persepsi ibu bapa terhadap aktiviti

penyiasatan. Dapatan kajian juga mendapati penggabungjalinan enam tunjang dalam

KSPK telahpun wujud semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan ibu

bapa pula berlaku melalui kerjasama yang sangat baik dengan pihak sekolah, terutama

menerusi perkongsian kepakaran ilmu serta penyediaan alat untuk aktiviti penyiasatan.

Di samping itu, kajian ini turut menghasilkan sebuah kerangka penghasilan projek bagi

memudahkan pendidik dalam memahami urutan penghasilan sesebuah projek kanakkanak.

Kesimpulannya, hasil kajian dapat digunakan sebagai panduan bagi semua pihak

yang bertanggung jawab untuk memperkembangkan kemahiran kanak-kanak dalam

pelbagai aspek sehingga menjadikan mereka generasi yang mampu bersaing dalam apa

jua cabaran di masa hadapan. Implikasi dari kajian ialah kanak-kanak merupakan

inisiator dalam menentukan arah pembelajaran mereka dan pendidik bertindak sebagai

fasilitator sahaja. Menerusi Pendekatan Projek ini, pendidik diharapkan dapat

menjalankan amalan pembelajaran mengikut inisiatif kanak-kanak untuk meningkatkan

kebolehannya dalam berfikir dan memperolehi pengetahuan dan pengalaman baharu.