Impak metodologi TRIZ terhadap penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar komputeran

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan antara kemahiran pemikiran

komputasional dengan kemahiran penyelesaian masalah, dan kesan penggunaan teknik

penyelesaian masalah TRIZ terhadap kemahiran penyelesaian m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurkhuzaimah Fazreen Mohd Jalaluddin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9749
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji hubungan antara kemahiran pemikiran

komputasional dengan kemahiran penyelesaian masalah, dan kesan penggunaan teknik

penyelesaian masalah TRIZ terhadap kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan

pelajar bidang teknologi maklumat yang berbeza tahap inovatif. Kajian ini berbentuk

kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dan eksperimen kuasi. Sampel kajian terdiri

daripada 239 orang pelajar bidang teknologi maklumat yang dipilih secara rawak

berkelompok daripada kumpulan sedia ada. Pengumpulan data kajian dilaksanakan

dengan menggunakan instrumen Problem Solving Inventory, Computational Thinking

Scale, Personal Innovativeness in the Domain of Information Technology dan borang

tinjauan persepsi terhadap metodologi penyelesaian masalah TRIZ. Data kajian

dianalisis menggunakan statistik deskriptif, statistik inferensi dan analisis teks. Analisis

deskriptif digunakan bagi menjelaskan tahap kemahiran pemikiran komputasional dan

kemahiran penyelesaian masalah manakala statistik inferensi menggunakan Ujian

Korelasi, Regresi Linear dan Ujian ANCOVA sehala. Hasil kajian menunjukkan

bahawa wujud hubungan yang signifikan di antara kemahiran pemikiran komputasional

dengan kemahiran penyelesaian masalah. Hasil ujian eksperimen pula menunjukkan

tiada perbezaan signifikan di antara kumpulan yang menerima rawatan dengan modul

TRIZ berbanding dengan kumpulan kawalan dalam aspek kemahiran penyelesaian

masalah. Analisis teks menunjukkan responden bersetuju bahawa modul TRIZ sesuai

digunakan dalam bidang komputeran. Implikasi kajian menjelaskan bahawa kemahiran

pemikiran komputasional penting dalam meningkatkan kemahiran penyelesaian

masalah. Teknik penyelesaian masalah TRIZ pula berpotensi untuk digunakan dalam

bidang perkomputeran dengan lebih sistematik dan meluas