Interaksi antara kecerdasan emosi, efikasi kendiri dan tahap kerisauan terhadap pencapaian akademik murid-murid tahun enam yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2017

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan melihat interaksi antara

kecerdasan emosi, efikasi kendiri dan tahap kerisauan terhadap pencapaian akademik

murid-murid tahun enam yang akan mengambil peperiksa...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9755 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan melihat interaksi antara

kecerdasan emosi, efikasi kendiri dan tahap kerisauan terhadap pencapaian akademik

murid-murid tahun enam yang akan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2017. Instrumen pengukuran kecerdasan emosi

yang digunakan adalah kecerdasan emosi Goleman. Data yang diperolehi dalam

kajian ini telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23. Seramai 700 orang

responden terlibat dalam kajian ini di mana melibatkan dua daerah dalam negeri Perak

iaitu daerah Batang Padang dan juga Daerah Muallim. Seramai 348 responden lelaki

dan 352 responden perempuan terlibat dalam kajian ini. Data kajian dianalisis secara

deskriptif dan inferensi. Selain itu, ujian hubungan pemboleh ubah bebas dengan

pemboleh ubah bersandar menggunakan korelasi Pearson dan analisis regresi pelbagai

digunakan dalam menentukan pengaruh pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh

ubah bersandar. Ujian ANOVA juga digunakan untuk melihat perbezaan aras setiap

skala komposit kecerdasan emosi terhadap tiga pemboleh ubah bersandar iaitu

kecerdasan emosi, efikasi kendiri akademik serta tahap kerisauan akademik pelajar.

Ujian MANOVA juga dijalankan untuk melihat secara serentak hubungan antara

pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar.