Kesan penggunaan perisian kursus multimedia interaktif untuk meningkatkan pemikiran algebra dalam kalangan murid tahun 4

Tujuan penyelidikan ini adalah melibatkan pemahaman dan penguasaan pemikiran

algebra dalam pengajaran dan pembelajaran bidang algebra dan perkaitan bagi mata

pelajaran Matematik Tahun 4. Reka bentuk penyelidikan yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Susila Devi Chelliah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9757
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan penyelidikan ini adalah melibatkan pemahaman dan penguasaan pemikiran

algebra dalam pengajaran dan pembelajaran bidang algebra dan perkaitan bagi mata

pelajaran Matematik Tahun 4. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan dalam kajian

ini adalah reka bentuk kuasi-eksperimen. Seramai 70 orang murid telah dipilih secara

rawak untuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Perisian kursus pemikiran

Algebra digunakan sebagai bahan bantu pengajaran bagi memudahkan pembelajaran

dan pengajaran pemikiran Algebra. Objektif peringkat pertama adalah mereka bentuk

dan menghasilkan perisian kursus multimedia interaktif dengan menggunakan model

ADDIE Objektif bagi peringkat kedua adalah mengkaji kesan perisian kursus

pemikiran multimedia interaktif dalam membantu meningkatkan pemikiran Algebra

bagi menguji pemahaman dan penguasaan konsep pemikiran Algebra yang mengikut

ciri-ciri rangka kerja pemikiran Algebra Kieran (2016). Rawatan telah dijalankan untuk

kumpulan eksperimen dengan menggunakan perisian kursus pemikiran algebra

manakalan kumpulan kawalan kaedah konvensional digunakan. Kajian ini menjurus

kepada keberkesanan persepsi terhadap motivasi, keseronokan dan keyakinan dalam

pengajaran dan pembelajaran melalui perisian kursus Algebra. Dapatan kajian akhir

intervensi jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam tahap penguasaan

pemikiran algebra. Keputusan ujian Anova signifikan secara statistik dengan

memberikan nilai ujian pra 0.002 (p = 0.002), dan nilai ujian pasca signifikan iaitu

0.000 (p = 0.000), p < 0.05. Oleh itu, hipotesis nul (Ho) ditolak. Keputusan ujian

menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pencapaian dan penguasaan

pemikiran algebra dalam kalangan murid tahun 4. Kajian terhadap pemikiran Algebra

perlu dilanjutkan dengan melibatkan sampel yang lebih besar dan tajuk ini perlu

diberikan tumpuan khusus serta memastikan penggunaan media teknologi bagi

meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan. Guru

Matematik di sekolah rendah perlu diberi latihan dalam mengembangkan Pemikiran

Algebra dan melaksanakan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.