Penilaian program pendidikan muzik Tentera Laut Diraja Malaysia menggunakan model CIPP

Program pendidikan muzik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bermula sejak tahun

1995 bertujuan melahirkan pemuzik yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan

keyakinan yang tinggi ketika bermain alat muzik. Penilaian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Baharin Baharom
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9758
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Program pendidikan muzik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bermula sejak tahun

1995 bertujuan melahirkan pemuzik yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan

keyakinan yang tinggi ketika bermain alat muzik. Penilaian dibuat berdasarkan kepada

model penilaian context, input, process dan product (CIPP) oleh Stufflebeam. Reka

bentuk campuran berjujukan telah digunakan dalam mendapatkan pandangan pemuzik.

Teknik persampelan adalah persampelan bertujuan melibatkan keseluruhan 148

pemuzik yang bertugas di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak dan Pangkalan TLDM,

Tanjung Pengelih, Johor. Maklumat daripada pemuzik dikumpul menggunakan borang

soal selidik dan temu bual mendalam secara bersemuka. Hasil penilaian konteks

mendapati kurikulum muzik sedia ada mampu melahirkan pemuzik yang berkemahiran

serta mempunyai skil tinggi dalam bermain muzik. Walau bagaimana pun, pemuzik

berasa ragu dengan program pendidikan muzik yang mampu membantu mereka

mendapatkan pekerjaan dalam bidang muzik apabila bersara. Mereka juga ragu bahawa

program ini mampu memberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang

lebih tinggi. Hasil penilaian input mendapati tahap pengetahuan terhadap teori muzik

adalah rendah namun pemuzik mempunyai kemahiran dan keyakinan yang tinggi

bermain muzik. Pemuzik juga bersetuju bahawa persekitaran sekolah serta kemudahan

yang disediakan adalah mencukupi untuk memberikan mereka persekitaran

pembelajaran yang kondusif. Hasil penilaian proses mendapati pemuzik diberikan

peluang untuk terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Jurulatih juga

membantu dalam memberikan demonstrasi serta menggalakkan pemuzik membuat

latihan kemahiran. Hasil penilaian produk mendapati program pendidikan muzik

TLDM berjaya meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan yang tinggi

ketika bermain muzik. Kajian ini juga mendapati responden memberikan tahap

sederhana kepada kedua-dua aspek ini: (1) kerjasama daripada industri dan (2)

kemudahan dan peralatan muzik. Implikasi kajian ini adalah program pendidikan muzik

TLDM boleh diberi penambahbaikan dengan mendorong kerjasama yang lebih efektif

antara sekolah-sekolah muzik dan industri muzik luar.