Elemen Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu dalam teks moden Tingkatan Empat dan Lima

Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu menekankan aspek-aspek seperti menjana

minda, rohani, dan emosi selaras dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang ingin melahirkan pelajar yang berholistik. Hasil da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Elavarassan Suppiah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9762
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu menekankan aspek-aspek seperti menjana

minda, rohani, dan emosi selaras dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang ingin melahirkan pelajar yang berholistik. Hasil daripada penelitian terdapat

kelompongan dalam kajian literatur mengenai aspek atau konsep Falsafah Pendidikan

Kesusasteraan Melayu. Oleh itu, suatu kajian mengenal pasti elemen FPKM serta

menganalisis kerelevenan teks moden dengan elemen FPKM menjana minda, rohani,

dan emosi dalam teks moden Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan Empat

dan Lima dijalankan menggunakan Teori Pemikiran Bersepadu SPB4K dan Teori

Kecerdasan Emosi Goleman. Tiga objektif kajian secara asasnya dapat mengenal

pasti elemen FPKM menjana minda, dan rohani dalam teks moden mata pelajaran

Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan Empat dan Lima. Seterusnya,

mengenal pasti elemen FPKM emosi dalam teks moden mata pelajaran Kesusasteraan

Melayu Komunikatif Tingkatan Empat dan Lima serta menganalisis kerelevanan teks

moden mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan Empat dan

Lima dengan elemen FPKM menjana minda, rohani, dan emosi. Kaedah kualitatif

digunakan iaitu mengkaji teks-teks cerpen dan drama Kesusasteraan Melayu

Komunikatif dengan mengaplikasikan kedua-dua teori tersebut. Kaedah kepustakaan

digunakan untuk mendapatkan maklumat dan kaedah analisis teks untuk menganalisis

data. Sebanyak sepuluh buah teks cerpen dan dua buah teks drama digunakan sebagai

bahan sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan elemen emosi banyak diterapkan

dalam teks moden mata pelajaran KMK. Hal ini jelas menunjukkan kehadiran elemen

ini sebagai elemen yang dominan berbanding dengan elemen-elemen yang lain seperti

yang terkandung dalam penyataan FPKM. Cadangan kajian yang diberikan juga dapat

membantu pihak yang terlibat dalam penyediaan teks bagi mempertingkat dan

mempelbagaikan lagi aspek FPKM pada masa akan datang.