Penciptaan muzik program Timang Xekory berdasarkan perjalanan ritual Timang Tuah masyarakat Iban

<p>Timang XekorY adalah sebuah karya cipta komposisi Muzik Program. Ia berasal dari perkataan Timang, garis X dan Y dan kata ekor dari perkataan nombor ekor. Timang merupakan upacara ritual masyarakat Iban yang tertinggi menjemput Petara (Dewa dan Dewi) melalui nyanyian teks untuk mend...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Laura Prati Ak Tutom @ Laura Pranti
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9764
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Timang XekorY adalah sebuah karya cipta komposisi Muzik Program. Ia berasal dari perkataan Timang, garis X dan Y dan kata ekor dari perkataan nombor ekor. Timang merupakan upacara ritual masyarakat Iban yang tertinggi menjemput Petara (Dewa dan Dewi) melalui nyanyian teks untuk mendapat tuah. Kini, ritual Timang Tuah tidak lagi menjadi amalan utama mereka kerana kurangnya minat generasi muda Iban dan fungsi ritual tersebut. Ini disebabkan teks nyanyian yang sukar difahami dan monotoni. Karya ini bertujuan untuk menggambarkan perjalanan spiritual Timang Tuah melalui penggabungan elemen muzik Barat dan muzik tradisional Iban. Disamping itu, untuk memberi pemahaman kepada generasi muda yang tidak berminat terhadap pentingnya upacara ritual ini dan untuk menghindari daripada kepupusan. Penghasilan karya ini dimulakan dengan pemerhatian di tempat ritual itu diadakan dan temu bual bersama golongan orang tua dan Ketua Masyarakat Iban serta Lemambang (Tukang Timang) yang dijalankan di Kapit, Sarawak. Upacara ritual ini mengambil masa tiga sehingga lima hari untuk mendapat nasib yang lebih baik. Karya Timang XekorY terdiri daripada tujuh buah renggat (peringkat). Setiap renggat berdurasi dari 7 sehingga 8 minit, ditulis untuk string ensemble, duet untuk selo dan piano, string quartet, orkestra dan koir serta alat muzik tradisional masyarakat Iban; engkrumung (tetawak kecil). Penggunaan notasi muzik tidak konvensional iaitu graphic notation terdapat pada renggat empat dan enam. Hasil daripada maklumbalas penonton, pada persembahan komposisi pertama karya Timang XekorY, 24hb Mei 2019, telah berjaya menggambarkan perjalanan dunia spiritual Timang Tuah dan dapat menarik minat generasi muda yang menontonnya. Diharapkan karya Timang XekorY akan memberi manfaat kepada masyarakat Iban dan masyarakat luar dengan harapan akan memberi impak yang mendalam di dalam Seni Budaya Masyarakat Iban dan diharapkan masyarakat luar juga dapat memahami serta menghayati apa itu Timang Tuah yang hampir pupus ini.</p>