Bengkel teater advokasi \'Mencari Puteri Hang Li Po\': memupuk potensi diri murid

<p>Kajian ini bertujuan untuk memupuk potensi diri murid sekolah rendah yang berkemampuan untuk berjaya sekiranya diberi peluang dan dibimbing dengan cara yang sewajarnya. Kajian ini menepati dan menyokong dasar Kementerian PelajaranMalaysia (KPM) dan Jabatan kebudayaan dan Kesenian Ne...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Villiah Perdes Nelson
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2022
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9772
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian ini bertujuan untuk memupuk potensi diri murid sekolah rendah yang berkemampuan untuk berjaya sekiranya diberi peluang dan dibimbing dengan cara yang sewajarnya. Kajian ini menepati dan menyokong dasar Kementerian PelajaranMalaysia (KPM) dan Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) yang telah mewujudkan Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB) yang bertujuan untuk memberikan bimbingan, asuhan, latihan, pemupukan dan pengukuhan tanpa mengira kaum, etnik dan jantina. Kajian ini dijalankan melalui suatu bengkel teater advokasi yang mana prosesnya melibatkan aktiviti latihan teater bersandarkan modul teater (PBSB) bersama murid sekolah rendah yang terpilih di Tawau, Sabah yang dipimpin oleh jurulatih terlatih JKKN. Bengkel ini berlangsung dalam masa 2 hari. Kajian ini mengaplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dan berpandukan pada kerangka teater yang difokuskan melalui pemilihan murid dan seterusnya proses memupuk potensi murid melalui kemahiran komunikasi dan hasilnya akan dipersembahkan dalam bentuk bengkel teater advokasi. Kaedah yang digunakan iaitu menggunakan kaedah kualitatif iaitu pemerhatian dan temubual. Aktiviti bengkel teater ini terdiri daripada improvisasi, asas seni lakon, analisa skrip, penghayatan watak, pengenalan teater, sinografi dan showcase. Melalui bengkel teater ini diharapkan dapat mengangkat potensi diri murid dalam kemahiran komunikasi dan secara tidak langsung dapat mencungkil bakat seni di kalangan murid sekolah rendah di samping dapat menerapakan nilai-nilai murni serta menyemarakkan aktiviti teater dalam kalangan generasi muda.</p>