Implementasi kursus pra perkahwinan di Kantor Urusan Agama Kecamatan Sumbawa, Indonesia dan Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Muallim Malaysia

Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengkaji kursus pra perkahwinan dari segi

undang-undang Islam serta persamaan dan perbezaan kursus pra perkahwinan di Indonesia

dan Malaysia. Objektif kajian adalah untuk men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Millah Hanifah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9785
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengkaji kursus pra perkahwinan dari segi

undang-undang Islam serta persamaan dan perbezaan kursus pra perkahwinan di Indonesia

dan Malaysia. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kursus pra perkahwinan

menurut undang-undang Islam, untuk mengenal pasti pelaksanaan kursus pra perkahwinan

di Kantor Urusan Agama Kecamatan Sumbawa, Indonesia dan Pejabat Pentadbiran Agama

Islam Daerah Muallim, Malaysia dan untuk menganalisis persamaan serta perbezaan

kursus pra perkahwinan di Kantor Urusan Agama Kecamatan Sumbawa, Indonesia dan

Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Muallim, Malaysia. Reka bentuk kajian ini ialah

kajian lapangan menggunakan pendekatan kualitatif. Data atau maklumat diperoleh melalui

kaedah analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Sepuluh soalan disediakan untuk

mengenal pasti perbezaan dan persamaan, iaitu nama kursus, hukum menghadiri kursus,

peserta kursus, kurikulum kursus, penceramah, kaedah penyampaian kursus, lokasi kursus,

tempoh kursus, yuran dan kemudahan kursus. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa

menurut hukum Islam, kursus pra perkahwinan ini disunatkan kerana mempunyai banyak

manfaat dan mencegah daripada sebaranf kemudaratan. Terdapat banyak perbezaan dalam

pelaksanaan kursus pra perkahwinan di Indonesia dan Malaysia seperti nama kursus,

hukum menghadiri kursus, peserta kursus, yuran kursus dan kemudahan untuk peserta

kursus. Di samping itu, terdapat beberapa persamaan dalam pelaksanaan kursus, iaitu

penceramah dan kaedah penyampaian kursus. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kursus

pra perkahwinan di Indonesia dan Malaysia mempunyai beberapa persamaan dan banyak

perbezaan, tetapi yang lebih efektif adalah di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana,

di Malaysia adalah kewajiban untuk mengikutinya sehingga mempunyai persiapan yang

lebih baik. Implikasi dari dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan dan rujukan bagi

penganjur kursus pra perkahwinan di Indonesia dan Malaysia untuk penambahbaikan

dalam pelaksanaan kursus.