Pengaruh buli siber, kemurungan, kebimbangan dan tekanan terhadap pencapaian akademik murid

Kajian ini bertujuan mengenal pasti implikasi buli siber dan hubungannya terhadap

tahap kemurungan, kebimbangan, tekanan dan pengaruhnya ke atas pencapaian

akademik murid. Metadologi kajian ini melibatkan reka bentu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yatiman Karsodikromo
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9789
Tags: Add Tag
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengenal pasti implikasi buli siber dan hubungannya terhadap

tahap kemurungan, kebimbangan, tekanan dan pengaruhnya ke atas pencapaian

akademik murid. Metadologi kajian ini melibatkan reka bentuk kombinasi dua fasa.

Dalam fasa 1, kaedah tinjaun digunakan untuk mengenal pasti gejala buli siber, tahap

kemurungan, kebimbangan dan tekanan melalui soal selidik Gejala Buli Siber (GBS)

dan soal selidik Depression, Anxiety and Stress (DASS-42) melibatkan 322 orang

murid tingkatan empat semua sekolah menengah di bawah pentadbiran Pejabat

Pendidikan Daerah Samarahan, Sarawak. Dalam fasa ke 2, kaedah kajian kes

melibatkan 5 orang murid yang mempunyai tahap kemurungan, kebimbangan dan

tekanan sangat tinggi di temu bual. Dapatan yang diperolehi menunjukkan situasi

gejala buli siber berada pada tahap rendah iaitu 2.02. Ujian korelasi Pearson

menunjukkan wujud hubungan yang signifikan dan positif namun berada paras aras

yang rendah antara gejala buli siber ke atas kemurungan ( r = 0.027, p = 0.631 ),

kebimbangan ( r = .001, p = .986 ) dan tekanan ( r = -.013, p = 0.811 ). Keputusan

Ujian Regrasi Berganda menunjukkan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji

tidak mempunyai pengaruh secara keseluruhan iaitu hanya menyumbang 0.3%

terhadap pencapaian akademik. Ujian ANOVA (F4,317 =0.248, p = 0.910 > 0.05)

mengesahkan hubungan yang tidak signifikan. Kesimpulanya, buli siber membawa

implikasi kemurungan, kebimbangan dan tekanan tetapi tidak memberi pengaruh ke

atas pencapaian akademik murid keseluruhanya. Dapatan temubual turut membuktikan

buli siber memberi implikasi terhadap emosi, psikolgi dan fizikal. Kajian turut

mencadangkan kepada pihak kementerian, sekolah, ibu bapa, guru dan rakan sebaya

agar peka dengan gangguan buli siber dan bersama-sama mengatasi masalah gangguan

buli siber.