Keberkesanan pembelajaran berasaskan permainan dalam pencapian dan minat tajuk haiwan sains tahun 3

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pembelajaran berasaskan

permainan terhadap pencapaian dan minat murid dalam tajuk haiwan bagi

matapelajaran sains tahun 3. Pembelajaran berasaskan permainan merupakan&lt...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saranhea Kannapiran
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9793
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pembelajaran berasaskan

permainan terhadap pencapaian dan minat murid dalam tajuk haiwan bagi

matapelajaran sains tahun 3. Pembelajaran berasaskan permainan merupakan

strategi pengajaran berpusatkan murid yang sesuai dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan dalam kajian

ini. Reka bentuk kuasi eksperimen telah dijalankan di sebuah sekolah di

negeri Perak. Seramai 95 orang murid terlibat dan mereka telah dibahagikan

kepada tiga kumpulan iaitu 63 orang murid dalam kumpulan rawatan (31

orang murid di kumpulan A dan 32 orang murid di kumpulan B) dan 32

orang murid dalam kumpulan kawalan. Kumpulan A telah menjalankan

permainan berasaskan digital manakala kumpulan B berasaskan permainan

bukan digital iaitu dengan menggunakan permainan kad dan kumpulan

kawalan menjalankan pembelajaran tradisional. Dua jenis instrumen

digunakan iaitu ujian untuk mengukur pencapaian dan soal selidik untuk

mengukur minat. Data dianalisis menggunakan ANCOVA dan ANOVA untuk

membandingkan skor pencapaian dan minat murid di antara ketiga-tiga

kumpulan. Statistik ANCOVA melaporkan bahawa terdapat perbezaan yang

signifikan dalam skor ujian pasca antara kumpulan eksperimen dan kawalan

di mana laporan tersebut menunjukkan [F(2,91)=75.73,p<0.05]. Malahan,

hasil data kajian minat murid turut menunjukkan bahawa pembelajaran

berasaskan permainan digital paling diminati berbanding pembelajaran

berasaskan permainan bukan digital dan pembelajaran tradisional. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan permainan memberi

kesan positif terhadap pencapaian dan minat murid dalam sains. Implikasi

kajian ini kepada semua pihak yang terlibat dalam dunia pembelajaran

terutamanya kalangan guru khususnya kepada peringkat sekolah rendah.

Kaedah ini harus digalakkan dalam kalangan guru bagi meningkatkan

pencapaian dan minat murid dalam sains.