Kajian eksplorasi perkembangan kognitif kanak-kanak umur 5-6 tahun dalam kalangan ibu tunggal di Selong, Lombok Timur

Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap perkembangan kognitif kanakkanak

dalam kalangan ibu tunggal dan meneroka pengaruh amalan penglibatan ibu

tunggal di rumah di Daerah Selong, Lombok Timur. Indonesia. Asp...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9794 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap perkembangan kognitif kanakkanak

dalam kalangan ibu tunggal dan meneroka pengaruh amalan penglibatan ibu

tunggal di rumah di Daerah Selong, Lombok Timur. Indonesia. Aspek-aspek yang

ditinjau adalah tahap perkembangan kognitif bidang matematik awal dan sains awal

kanak-kanak. Kaedah digunakan dalam kajian ini dengan reka bentuk campuran

iaitu kuantitatif dan kualitatif. Sampel untuk tinjauan terdiri daripada 100

ibutunggal yang dipilih dari 27 buah TADIKA di Selong, Lombok Timur,

Indonesia. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data kuantitatif adalah

menggunakan soal selidik. Sampel untuk data kualitatif terdiri daripada 6 orang

guru TADIKA dan 6 ibu tunggal. Sedangkan instrumen kualitatif menggunakan

temu bual. Seterusnya data yang dikumpulkan pada fasa pertama menggunakan

instrumen soal selidik. Dapatan menunjukkan tahap perkembangan kognitif kanakkanak

secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi (min=3.70). Amalan

penglibatan ibu tunggal mencatatkan tahap tinggi iaitu (min = 3.52). Selain itu,

analisis korelasi menunjukkan hubungan positif yang kuat (r = 0.638) antara

perkembangan kognitif kanak-kanak dengan amalan penglibatan ibu tunggal di

rumah. Analisis ANOVA mendapati nilai p = .645 menunjukkan faktor penglibatan

ibu tunggal di rumah mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Hasil

dapatan kualitatif menunjukkan ada lima komponen yang dapat dijadikan sebagai

strategi oleh subjek untuk menyokong perkembangan kognitif anak iaitu menerima

kanak-kanak, menciptakan suasana yang menyeronokkan, memahami pemikiran,

perasaan dan perilaku anak, mampu menempatkan diri, dan meluangkan masa

bersama kanak-kanak. Implikasi kajian ini menunjukkan elemen perkembangan

kognitif dan penglibatan ibu tunggal mempunyai perkaitan yang rapat dan perlu

diberikan perhatian terutama sekali diperingkat TADIKA. Selanjutnya, kajian ini

mencadangkan unsur-unsur perkembangan kognitif dan penglibatan ibu tunggal

harus diberi perhatian.