Komuniti Pembelajaran Profesional sebagai mediator terhadap hubungan antara kepimpinan distributif dengan efikasi kendiri guru sekolah kebangsaan di Selangor

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan antara

kepimpinan distributif (KD), Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dan efikasi

kendiri guru (EKG) di sekolah kebangsaan negeri Selang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: M. Puspanathan Mayan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9800
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti pengaruh dan hubungan antara

kepimpinan distributif (KD), Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dan efikasi

kendiri guru (EKG) di sekolah kebangsaan negeri Selangor. Kajian ini juga bertujuan

untuk mengenal pasti KPP sebagai mediator terhadap hubungan antara KD dan EKG.

Kajian berbentuk kuantitatif ini menggunakan 459 responden yang dipilih di sekolah

kebangsaan negeri Selangor untuk menjawab soal selidik secara talian. Data kajian

dianalisis menggunakan AMOS Structural Equation Modeling (SEM) versi 24.0.

Dapatan kajian menunjukkan tahap bagi kepimpinan distributif, Komuniti

Pembelajaran Profesional dan efikasi kendiri guru berada pada tahap tinggi. Model KD

disahkan dengan tujuh faktor iaitu organisasi sekolah, visi sekolah, budaya sekolah,

program instruksional, artifak, kepimpinan guru dan kepimpinan guru besar. Bagi

Model KPP sebanyak lima faktor dapat dimuatkan iaitu perkongsian sokongan

kepimpinan, perkongsian nilai dan visi, perkongsian amalan peribadi, perkongsian

kolektif dan sokongan keadaan. Model EKG pula dibentuk melalui tiga faktor iaitu

penglibatan murid, strategik pengajaran dan pengurusan bilik darjah. Seterusnya

kajian mendapati bahawa kepimpinan distributif mempengaruhi KPP (=0.691,

p<0.001) dan efikasi kendiri guru (=0.206, p<0.05). Pada masa yang sama, KPP

mempunyai pengaruh yang positif dan signifikan terhadap efikasi kendiri guru

(=0.304, p<0.001). Sementara itu, KPP berfungsi sebagai mediator separa antara

kepimpinan distributif dengan efikasi kendiri guru di sekolah kebangsaan negeri

Selangor. Analisis indeks kesepadanan dapat dicapai iaitu RMSEA=0.40, CFI=0.924,

TLI=0.92 dan Chi-sq/df=1.740 untuk membentuk satu model persamaan struktur

antara kepimpinan distributif, KPP dan efikasi kendiri guru di sekolah kebangsaan

negeri Selangor. Implikasi kajian menunjukkan bahawa kepimpinan distributif mampu

memberi sumbangan yang produktif untuk kecemerlangan sekolah. Namun,

kepimpinan distributif perlu dilaksanakan melalui KPP untuk meningkatkan efikasi

kendiri guru-guru di sekolah. Dapatan ini diharapkan memberi kesedaran dan petunjuk

bagi program kepimpinan pendidikan yang bakal dirancang bagi pemimpin dan guruguru

untuk bertindak balas secara holistik dan bekerjasama ke arah transformasi

Pendidikan negara serta kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025.