Analisis kritikan tokoh kontemporari berdasarkan logik terhadap hadith Al-Bukhari dan Muslim

Tesis ini bertujuan untuk mengkaji kritikan tokoh kontemporari berdasarkan logik

seperti aliran moden, Muktazilah, Syiah, Anti-Hadith, orientalis dan mempertahankan

semula hadith-hadith daripada sahih al-Bukhari dan...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9808 |
Tags: | Add Tag |
Summary: |
Tesis ini bertujuan untuk mengkaji kritikan tokoh kontemporari berdasarkan logik

seperti aliran moden, Muktazilah, Syiah, Anti-Hadith, orientalis dan mempertahankan

semula hadith-hadith daripada sahih al-Bukhari dan sahih Muslim yang dikritik. Isu

yang diketengahkan dalam tesis ini adalah untuk mengupas sangkalan kritikan yang

telah dilemparkan oleh golongan kontemporari disamping mengemukakan

penyelesaian dan jawapan berdasarkan sumber-sumber yang dihasilkan oleh para

ulama dahulu dan kini. Justifikasi kajian ialah untuk mengenal pasti, menghuraikan

faktor dan menganalisis tema hadith yang berkaitan dengan kesihatan, pencegahan

penyakit, alam semesta, penciptaan insan dan sifat-sifatnya. Metodologi kajian yang

digunakan berbentuk kualitatif secara penyelidikan perpustakaan. Ia menggunakan

metode induktif, deduktif dan komperatif dalam menganalisa data-data penyelidikan

dan membuat perbandingan terhadap kritikan tokoh kontemporari. Dapatan kajian

mendapati bahawa tokoh kontemporari terkesan dengan ideologi pemikiran falsafah

yang berani menolak nas-nas yang sahih, mereka terlalu cepat meletakkan hukum

kepada sesuatu hadith, mereka mengabaikan kaedah memahami matan dalam aspek

asbab wurud dan persekitaran hadith, mereka juga berlebihan dan melampau dalam

menggunakan akal dan mereka tidak berpegang kepada kaedah penyelidikan ilmiah.

Kesimpulannya, dapatan utama kajian ini menunjukkan kritikan tokoh kontemporari

bercanggah dengan logik akal dan tabiat manusia, bercanggah dengan sifat al-Quran

dan sifat kenabian, bercanggah dengan realiti semasa, bercanggah dengan fakta

saintifik dan bercanggah dengan fakta sejarah. Implikasinya, pengkaji dapat

menyediakan kaedah kritikan hadith menggunakan logik di sisi ahli Sunnah perlu

didedahkan agar menjadi garis panduan dalam ilmu kritikan hadith. Tesis ini

mendapati Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim sebagai sumber utama bagi hadith

sahih tidak tergugat kerana kecelaruan dan kritikan telah dijustifikasikan.