Sikap British terhadap hubungan Brunei-Malaysia, 1970-1984

Kajian ini bertujuan untuk menilai sikap British terhadap hubungan Brunei dengan

Malaysia pada tahun 1970 sehingga tahun 1984. Fokus kajian ini ialah analisis terhadap

sikap British dalam menangani krisis yang timbu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhamad Hanafi Muhamad Hanefa
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9810
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menilai sikap British terhadap hubungan Brunei dengan

Malaysia pada tahun 1970 sehingga tahun 1984. Fokus kajian ini ialah analisis terhadap

sikap British dalam menangani krisis yang timbul antara Brunei dengan Malaysia.

Penyelidikan ini menggunakan kaedah sejarah dengan pendekatan kualitatif

berteraskan analisis dokumen. Sumber yang digunakan untuk penyelidikan ini ialah

sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer terdiri daripada dokumen yang

diperoleh daripada arkib United Kingdom seperti dokumen Foreign Office (FO),

Foreign and Commonwealth Office (FCO) dan dokumen dasar luar Malaysia yang

diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia serta hansard palimen yang diperoleh di

perpustakaan Palimen Malaysia. Sumber sekunder pula terdiri daripada penulisan

ilmiah seperti buku dan artikel jurnal. Data daripada dokumen ini dianalisis bagi

menjawab permasalahan kajian yang dikemukakan dalam penyelidikan ini. Hasil kajian

ini menunjukkan terdapat dua faktor yang mempengaruhi sikap British terhadap

hubungan Brunei dengan Malaysia antara tahun 1970 hingga 1984. Faktor tersebut

ialah isu persempadanan kedua negara yang masih berlarutan dan sikap Malaysia

terhadap pemimpin Parti Rakyat Brunei. Kedua-dua isu ini menimbulkan suasana

tegang dalam hubungan Brunei Malaysia. Ini mendorong British untuk terus

mengekalkan kedudukannya di Brunei selepas tahun 1970 atas kepentingan

keselamatan bekas tanah jajahannya itu. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa

pembentukan dasar luar negara era Perang Dingin adalah mengambil kira isu ancaman

keselamatan luar dan dalam negara khususnya terhadap keselamatan sosial dan politik.

Oleh itu penggubal dasar negara perlu berwaspada dengan persekitaran politik

antarabangsa terutamanya dalam penggubalan dasar luar agar negara tidak terjerat

dalam percaturan kuasa besar yang merugikan.