Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Algebra (MPKA) bagi murid tingkatan 2

Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri Algebra (MPKA)

bagi murid Tingkatan 2. MPKA dibangunkan bagi mengatasi kelemahan murid dalam

menguasai topik Pemfaktoran dan Pecahan Algebra serta Rumus A...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nursyamimi Pauzin
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2022
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9816
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri Algebra (MPKA)

bagi murid Tingkatan 2. MPKA dibangunkan bagi mengatasi kelemahan murid dalam

menguasai topik Pemfaktoran dan Pecahan Algebra serta Rumus Algebra. Kajian ini

menggunakan kajian reka bentuk pembangunan melalui pendekatan kuantitatif.

Pembangunan MPKA adalah berdasarkan model ADDIE. Tiga set soal selidik

digunakan sebagai instrumen kajian bagi menentukan kesahan, kebolehpercayaan, dan

kebolehgunaan modul. Kesahan kandungan MPKA dilakukan oleh sembilan orang

pakar dan nilai kesahan MPKA ditentukan melalui indeks kesahan kandungan (IKK).

Nilai keseluruhan IKK MPKA adalah tinggi dengan nilai item (I-IKK) dan skala

(SIKK) masing-masing memperoleh nilai 0.99. Nilai keseluruhan IKK MPKA adalah

tinggi iaitu 0.99 untuk kedua-dua nilai item (I-IKK) dan skala (S-IKK). Populasi kajian

adalah seramai 224 murid Tingkatan 2 di sebuah sekolah dalam daerah Baling dan

seramai 30 murid dipilih sebagai sampel kajian menggunakan teknik pensampelan

kesenangan. Dapatan kajian menunjukkan nilai pekali Alfa Cronbach bagi

kebolehpercayaan MPKA adalah memuaskan dengan nilai 0.923. Analisis juga

menunjukkan tahap kebolehgunaan MPKA adalah tinggi dengan nilai min bagi

ketigatiga konstruk iaitu penggunaan, isi kandungan dan kepuasan masing-masing

adalah 3.09, 3.08 dan 3.15. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya membangunkan

sebuah modul kendiri bagi topik Pemfaktoran dan Pecahan Algebra serta Rumus

Algebra untuk murid Tingkatan 2 yang menepati standard kandungan dan kualiti

sesuatu modul. Implikasinya, MPKA boleh digunakan oleh murid untuk mempelajari

topik Pemfaktoran dan Pecahan Algebra serta Rumus Algebra secara kendiri.