Impak aktiviti pelancongan terhadap masyarakat setempat di Pulau Langkawi

Kajian ini bertujuan untuk meneliti impak aktiviti pelancongan terhadap masyarakat

setempat di Pulau Langkawi. Bagi mencapai tujuan yang dinyatakan, kajian ini

menggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik. Sera...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Nor Azalia Shafikhullah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9826
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk meneliti impak aktiviti pelancongan terhadap masyarakat

setempat di Pulau Langkawi. Bagi mencapai tujuan yang dinyatakan, kajian ini

menggunakan kaedah pengedaran borang soal selidik. Seramai 400 orang ketua isi

rumah yang menetap di sekitar kawasan Kuah dan Pantai Cenang dipilih sebagai

responden kajian secara random. Data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis

menggunakan perisian SPSS. Antara analisis yang digunakan adalah analisis deskriptif

dan inferens (korelasi). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan peratusan

yang tinggi dari segi pekerjaan (kerajaan 16.2%), sektor pekerjaan (pengurusan &

pentadbiran 15%), pendapatan ketua isi rumah melebihi RM4,000 (108% ), pendapatan

isi rumah melebihi RM4,000 (70%), jenis kediaman kondominium (40%), pemilikan

unit kediaman individu (14.2%), bilangan bilik tidur lima buah dan ke atas (66.67%),

pemilikan harta dalam bentuk saham (29.31%) dan pemilikan kenderaan jenis kereta

(41.13%), pemilikan peralatan rumah secara khususnya pendingin hawa (61.47%) dan

pemilikan perkhidmatan langganan internet (135.96%). Seterusnya, bagi melihat sama

ada terdapat perhubungan yang kuat dan signifikan antara setiap pemboleh ubah impak

pembangunan pelancongan terhadap sosioekonomi penduduk Ujian Korelasi Pearson

digunakan. Hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan positif signifikan yang

sederhana antara pemboleh ubah ekonomi dan sosial (r=0.642, p=0.000), ekonomi dan

budaya (r=0.586, p=0.000), sosial dan budaya (r=0.483, p=0.000) serta sosial dan alam

sekitar (r=0.642, p=0.000). Manakala bagi pemboleh ubah ekonomi dan alam sekitar

mencatatkan hubungan positif signifikan yang lemah dengan nilai r=0.483, p=0.000.

Bagi pemboleh ubah budaya dan alam sekitar pula menunjukkan hubungan positif

signifikan yang kuat dengan nilai r=0.707, p=0.000. Kesimpulannya, pembangunan

pelancongan di Pulau Langkawi memberi impak yang positif dan negatif kepada

penduduk setempat dari segi ekonomi, sosial, budaya dan alam sekitar. Implikasi kajian

menunjukkan bagaimana pembangunan di sesebuah kawasan dapat memberi impak

positif dan negatif kepada masyarkat setempat. Oleh itu, sebarang aktiviti

pembangunan haruslah dibangunkan dengan perancangan yang teliti oleh pihak

berkuasa tempatan dan agensi-agensi yang berkaitan misalnya Lembaga Pembangunan

Langkawi (LADA).