Meningkatkan kefahaman puisi klasik Cina terhadap murid tingkatan dua dengan teknik teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

Kajian ini satu kajian tindakan yang ditadbir secara korelasi dan menguasai eksperimen

yang dijalankan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

(TMK) terhadap pengajaran dan pembelajaran puisi k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sim, Wen Qin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9828
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini satu kajian tindakan yang ditadbir secara korelasi dan menguasai eksperimen

yang dijalankan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

(TMK) terhadap pengajaran dan pembelajaran puisi klasik Cina di sebuah sekolah

menengah yang berada di daerah Johor Bahru, Johor. Kajian ini bertujuan untuk

mengetahui sama ada pengajaran teknik teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

dalam pengajaran puisi klasik Cina dapat meningkatkan pemahaman murid tentang

puisi klasik, merangsang minat murid untuk mempelajari puisi klasik, dan mengubah

sikap belajar mereka. Kajian ini akan membuat pengajaran yang sesuai dan

meningkatkan kaedah pengajaran puisi klasik berdasarkan situasi pembelajaran murid.

Seramai 10 orang murid sekolah menengah di daerah Johor Bahru, Johor dipilih sebagai

sampel kajian menggunakan kaedah pensampelan rawak berkelompok. Data kajian

diperoleh menggunakan instrumen pengujian pemerhatian dan temu bual untuk melihat

hubungan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dengan pencapaian

murid dalam memahamkan perkataan puisi klasik Cina manakala instrumen senarai

semak digunakan bagi tujuan melihat hubungan penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi (TMK) dengan peningkatan pemahaman murid dalam puisi klasik Cina.

Metodologi kajian ini, pengkaji menggunakan tiga jenis instrumen kajian dalam

mengumpul data kajian ini iaitu kaedah pengujian, kaedah pemerhatian dan kaedah

temu bual. Kesemua instrumen ini digunakan untuk melihat sejauh mana keberkesanan

teknik teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran puisi klasik Cina

untuk membantu murid dalam segi pemahaman perkataan dan meningkatkan minat

murid terhadap puisi klasik Cina semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa berbandingkan sebelum guru menggunakan

teknik teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran puisi

klasik Cina Yu Gezi data menunjukkan murid lebih menumpukan perhatian dalam kelas

dan mempunyai keupayaan terjemahan dan jawab soalan yang berkenaan dengan puisi

klasik Cina Yu Gezi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa faktor utama murid

tidak memahami puisi klasik Cina kerana sikap murid diri sendiri Kesimpulannya,

melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, pelajar lebih berminat dan

mudah menguasai puisi klasik daripada segi kemahiran menghafal dan kelancaran

mendeklamasi puisi klasik. Selain daripada puisi klasik, pelajar boleh menggunakan

teknologi maklumat dan komunikasi dalam topik-topik yang sukar diingati atau kurang

dikuasai semasa pembelajaran kendiri. Melalui cara belajar dalam keadaan yang

menyeronokkan di samping dapat menguasai sesuatu topik dengan lebih mudah.