Penggunaan laptop di kalangan guru guru mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui secara statistikal

penggunaan komputer laptop di kalangan guru-guru yang dibekalkan dengan peralatan

tersebut dalam mengajar subjek Sains dan Matematik menggunaka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zamhari Mohd Salleh
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9831
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengetahui secara statistikal

penggunaan komputer laptop di kalangan guru-guru yang dibekalkan dengan peralatan

tersebut dalam mengajar subjek Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris dan

hubungannya dengan minat, pengalaman, kecekapan, kemahiran, latihan, serta kesannya

ke atas prestasi pencapaian pelajar dalam subjek yang berkenaan. Sampel untuk kajian ini

terdiri daripada 10 orang guru yang merupakan kumpulan pertama di Sekolah Menengah

Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun, Perak yang telah dibekalkan dengan komputer

laptop oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan pengajaran subjek Sains

dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

merupakan borang soal selidik yang mengandungi 36 item. Item-item dalam soal selidik

ini merangkumi soalan-soalan mengenai aspek latar belakang guru sebagai responden,

minat, pengalaman, kemahiran, kebolehan, sikap, tabiat penggunaan, kesesuaian latihan

serta pengharapan dan pendapat mereka terhadap penggunaan komputer laptop dalam

pengajaran. Data yang telah dikumpul oleh penyelidik dianalisis dengan menggunakan

perisian Statistical Package for Social Science (SPSS), version 11.0 for Windows.

Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk mentafsir data daripada soal

seiidik. Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran mengenai tahap

minat, kecekapan, kemahiran, kesesuaian latihan dan pengetahuan guru terhadap

penggunaan laptop dalam proses pengajaran mereka dan seterusnya dalam meningkatkan

tahap prestasi pelajar dalam subjek yang berkenaan. Ini sekaligus boleh menjadi kayu

ukur kepada pihak pentadbir untuk menentukan program-program yang sesuai yang perlu

diatur bagi memperbaiki segala kelemahan dan masalah yang mungkin wujud,

terutamanya di peringkat guru yang mengendalikan komputer laptop atau melakukan

penambahbaikan yang menjurus kepada peningkatan tahap pencapaian pelajar dalam

akademik melalui penggunaan komputer laptop ini. Dapatan kajian menunjukkan

terdapat hubungan yang signifikan di antara pembolehubah pengalaman menggunakan

komputer peribadi dengan kecekapan mengendalikan komputer laptop, di antara berminat

menggunakan komputer laptop dengan kecekapan menggunakan komputer laptop dan di

antara latihan yang sesuai dan mencukupi dengan peningkatan pencapaian pelajaran

pelajar.