Penerapan rasa-fenomenologi dalam cerpen Tamil terpilih karya M.Navin

Kajian ini bertujuan mengenal pasti, menganalisis teori rasa-fenomenologi dalam

cerpen-cerpen M.Navin dan seterusnya meneliti perasaan yang diberi keutamaan oleh

pengarang. Pengkaji menggunakan tiga antologi cerpen,...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9839 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan mengenal pasti, menganalisis teori rasa-fenomenologi dalam

cerpen-cerpen M.Navin dan seterusnya meneliti perasaan yang diberi keutamaan oleh

pengarang. Pengkaji menggunakan tiga antologi cerpen, iaitu Mandai Oodi, Boyak

dan Uchai sebagai bahan kajian.Kajian ini berfokus pada reka bentuk kualitatif yang

menggabungkan kaedah kepustakaan, kaedah temu bual dan kaedah analisis teks

dengan berlandaskan teori rasa-fenomenologi yang diperkenalkan oleh Sohaimi Abdul

Aziz. Teori rasa-fenomenologi merangkumi lapan jenis perasaan yang terdiri daripada

rasa duka (sedih), rasa berang (marah), rasa dahsyat (takut), rasa benci (jijik), rasa

kagum (hairan), rasa wira (bertenaga), rasa berahi (kasih) dan rasa lucu (riang).

Dapatan kajian menunjukkan bahawa karya M.Navin telah menerapkan kelapan-lapan

jenis perasaan tersebut dalam 25 cerpennya. Berdasarkan dapatan kajian, kewujudan

perasaan rasa duka dan rasa dahsyat dapat dilihat dalam 24 daripada 25 cerpen hasil

karya M.Navin. Rasa berang dapat dilihat dalam 23 cerpen. Pengkaji turut mengenal

pasti situasi yang membawa kepada rasa benci terdapat dalam 22 cerpen. Rasa lucu

terdapat dalam 13 cerpen, rasa kagum dalam 11 cerpen, rasa wira pula dalam 6

cerpen dan akhirnya rasa berahi dalam 4 cerpen turut dikenal pasti dalam hasil karya

M.Navin. Kebanyakan cerpen M.Navin mengutamakan perasaan rasa duka (sedih)

dan rasa dahsyat (takut). Selain itu, kekerapan wujudnya situasi berkaitan kedua-dua

perasaan tersebut menunjukan bilangan yang terbanyak jika dibandingkan dengan

perasaan lain. Menerusi hasil temu bual, pengkaji mendapati bahawa faktor

pengasingan di tempat baharu menjadi gangguan dalam kehidupan pengarang. Selain

itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi watak-watak dalam karya

M.Navin supaya dapat menyampaikan pelbagai jenis perasaan. Kesimpulannya,

terbukti bahawa teori rasa-fenomenologi sesuai diterapkan dalam penyelidikan

kesusasteraan Tamil agar dapat memahami psikologi masyarakat Tamil secara

terperinci. Implikasinya, memberi dorongan kepada pengkaji untuk melanjutkan kajian

dalam teori rasa-fenomenologi.