Mitos agama Kristian dalam sajak moden A.S. Francis

<p>Kajian ini adalah untuk mengenal pasti serta menganalisis tujuan penggunaan mitos agama Kristian dalam sajak moden A.S. Francis dan membandingkannya dengan ayat-ayat suci Al-Injil. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedah analisis kandungan serta teori mit...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Indhran Anandan
格式: thesis
语言:tam
出版: 2019
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9841
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian ini adalah untuk mengenal pasti serta menganalisis tujuan penggunaan mitos agama Kristian dalam sajak moden A.S. Francis dan membandingkannya dengan ayat-ayat suci Al-Injil. Kajian ini adalah sebuah kajian kepustakaan yang menggunakan kaedah analisis kandungan serta teori mitos yang dicetuskan oleh Roland Barthes dalam enam buah kumpulan sajak moden A.S. Francis. Pola perbincangan kajian ini tertumpu kepada mitos agama Kristian berunsur sejarah dan peristiwa. Dapatan kajian menunjukkan daripada 226 buah sajak moden yang dikaji sejumlah 57 (25.2%) sajak moden sahaja mencerminkan mitos agama Kristian. Daripada 57 sajak moden tersebut, 39 (68.4%) sajak moden menggambarkan mitos sejarah dan 18 (31.6%) sajak moden menggambarkan mitos peristiwa. Mitos agama Kristian tersebut digunakan untuk memenuhi 36 tujuan. Daripada 36 tujuan tersebut 12 (33.3%) tujuan penggunaan adalah untuk mitos berunsur sejarah dan 24 (66.7%) tujuan penggunaan adalah untuk mitos berunsur peristiwa. Selain itu, mitos agama Kristian berunsur sejarah dan peristiwa yang digambarkan dalam sajak moden A.S.Francis 100% padan dengan ayat-ayat suci Al-Injil. Kesimpulannya, sajak moden A.S. Francis dikarang dengan menggunakan mitos agama kristian yang terdapat dalam ayat-ayat suci Al-Injil. Implikasinya, mitos agama kristian yang terdapat dalam ayat-ayat suci Al-Injil boleh dijadikan panduan dalam menghasilkan karya-karya sastera terutamanya sajak moden.</p>