Analisis isu dan strategi dasar lonjakan graduan TVET berkualiti di Institut Latihan Kemahiran Malaysia

Strategi lonjakan Graduan TVET Berkualiti di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia: Pendidikan Tinggi 2015-2025 (PPPM PT) dibangunkan kerana kesedaran

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan e...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Adnin Syamil Halik Bassah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9843
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Strategi lonjakan Graduan TVET Berkualiti di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia: Pendidikan Tinggi 2015-2025 (PPPM PT) dibangunkan kerana kesedaran

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan enrolmen TVET dengan

sasaran seramai 656,000 graduan menjelang 2025. Namun demikian, enrolmen pelajar

aliran TVET pada masa kini didapati tidak mencukupi dalam10 daripada 12 sektor

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Tujuan kajian ini ialah untuk menganalisis

strategi yang relevan untuk diimplementasi untuk merealisasikan aspirasi lonjakan

Graduan TVET Berkualiti melalui empat aspek analisis dasar iaitu permasalahan,

pemilihan, pemerhatian dan pencapaian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang

menggunakan kaedah protokol temu bual dan analisis dokumen dengan bersandarkan

kepada Model of Policy Analysis (Dunn, 1994). Seramai 18 orang peserta kajian yang

terdiri daripada kumpulan pentadbir institusi, tenaga pengajar dan wakil industri telah

ditemu bual dengan berpandukan protokol temu bual separa berstruktur. Dapatan kajian

telah mengenalpasti permasalahan dan isu utama TVET di Malaysia antaranya ialah

pertindihan tadbir urus, kurang kesediaan kerjaya, kurang kemahiran insaniah, kurikulum

tidak berorientasikan industri, perubahan teknologi, kompetensi tenaga pengajar,

kerjasama industri, hala tuju kerjaya yang tidak jelas dan persepsi negatif terhadap

TVET. Dapatan bagi aspek pemilihan pula mendapati strategi seperti kerjasama strategik

institusi-industri, pemurnian tadbir urus, pemerkasaan kemahiran insaniah graduan,

program kompetensi tenaga pengajar dan program promosi TVET mampu

menyelesaikan permasalahan semasa dan isu utama TVET. Analisis bagi aspek

pemerhatian telah mengenalpasti antara impak semasa pelaksanaan strategi ialah

berkaitan peruntukan, pembiayaan pengajian, skim latihan kemahiran, program

peningkatan kemahiran dan latihan semula yang melibatkan tenaga pengajar. Kajian ini

juga telah mengenalpasti strategi baharu yang boleh dilaksanakan bagi mencapai objektif

lonjakan Graduan TVET Berkualiti seperti pengesanan kecenderungan pelajar,

pembudayaan inovasi, program promosi TVET yang berterusan, pemerkasaan tenaga

pengajar dan pendedahan bidang keusahawanan. Justeru kajian ini diharapkan boleh

memberikan implikasi terhadap teori pelaksanaan dasar secara hibrid sekali gus

menyumbang kepada perancangan dan pelaksanaan strategi TVET yang lebih berkesan.