Representasi budaya etnik rungus menerusi ekplorasi reka bentuk Sculpture Furniture

Projek penyelidikan ini adalah bertujuan bagi menghasilkan reka bentuk perabot arca

berdasarkan representasi daripada kesenian budaya etnik Rungus, di utara Sabah.

Kajian ini menginterpretasikan semula imej daripada...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurhafizah Amir Nordin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9848
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Projek penyelidikan ini adalah bertujuan bagi menghasilkan reka bentuk perabot arca

berdasarkan representasi daripada kesenian budaya etnik Rungus, di utara Sabah.

Kajian ini menginterpretasikan semula imej daripada motif tradisonal Rungus

berdasarkan fenomena budaya dalam aktiviti sosial, sistem amalan dan kepercayaan,

serta faslafah yang menjadi simbolik kepada reka corak yang terdapat pada motif

Rungus. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan praktik studio dan ulasan

kontekstual. Pemilihan teknik, penggunaan bahan, penstrukturan prinsip, dan elemen

formal secara kreatif adalah mengikut inspirasi daripada rujukan karya-karya yang

berkaitan dengan penyelidikan. Penerokaan idea terhadap aspek elemen budaya di

daripada artis yang dirujukan ini turut melibatkan isu-isu budaya yang berkaitan aktiviti

sosial masyarakat setempat, ikon dan simbol, serta karakter yang membentuk identiti

menerusi pembentukan karya yang dihasilkan. Teori Budaya dan simbol digunakan

sebagai panduan kontekstual yang menjadi asas kepada pembangunan kajian studio.

Sumbangan daripada kajian ini adalah dapat mewujudkan rekaan yang novelti dan

membawa keunikan budaya sebagai satu nilai estetika dalam prinsip reka bentuk

perabot arca. Projek penyelidikan ini turut memberi impak dalam mewujudkan

pengetahuan baru terhadap rupa asal motif tradisional kepada penghasilan konsep reka

bentuk perabot arca berbentuk tiga dimensi. Projek kajian ini juga memberi suatu

cadangan dengan mengangkat ketinggian nilai warisan daripada etnik minoriti yang

akan dapat melestarikan keunikan budaya dalam konteks yang berbeza terutamanya

dalam industri reka bentuk perabot yang artistik.