Metafora visual representasi fenomena viral dalam konteks figura awam menerusi karya seni catan

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik norma sosiobudaya masyarakat menerusi konsep

fenomena viral melalui platform media sosial. Penyelidikan ini menginterpretasikan

semula dimensi dan elemen viral, simbol profil da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Izzal Khairi Ramli
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9854
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menyelidik norma sosiobudaya masyarakat menerusi konsep

fenomena viral melalui platform media sosial. Penyelidikan ini menginterpretasikan

semula dimensi dan elemen viral, simbol profil dan profesion individu terhadap prinsip

fenomena sosial internet berlandaskan polemik isu semasa. Metodologi kajian yang

digunakan adalah menerusi tiga pendekatan penyelidikan praktis studio iaitu kaedah

refleksi kritis kendiri, eksperimentasi studio dan tinjauan kontekstual. Kajian ini

membabitkan tiga fasa penyelidikan studio di mana setiap satunya mempunyai

sebanyak lima buah karya catan yang telah dihasilkan. Kaedah pendekatan karya

dijalankan dengan mengadaptasi perihal sifat kandungan viral berasaskan petikan teks,

video, imej, gambar yang tular di media sosial. Aktiviti ini diolah semula dalam konteks

eksposisi metafora visual menerusi perkaitan subjek, objek, figura, figuratif, bentuk dan

makna secara tersurat atau tersirat. Dapatan kajian menemukan tiga komponen utama

yang merangkumi normatif fenomenologi, interpretasi populariti dan justifikasi

propaganda sebagai panduan kontekstual projek penyelidikan. Tinjauan pelukis

rujukan adalah terdiri daripada 8 orang pelukis dari Malaysia dan 12 orang dari luar

negara yang terlibat dalam kajian ini. Rangkuman penerokaan sumber idea ini meliputi

4 elemen utama iaitu isu fenomena viral dan kritikan sosial, unsur figuratif dan

representasi figura awam, elemen jukstaposisi, simbolisme warna dan imejan visual

serta eksplorasi dimensi dan formasi panel. Kesimpulannya, pendekatan heuristik

menerusi prosedur dialektik visual telah menunjukkan dominasi bentuk persembahan

melalui variasi format, jumlah panel karya bagi mewakili satu isu karya. Manakala

dapatan karya akhir yang menampilkan satu panel sebagai sintesis pernyataan karya

bagi kesemua isu yang telah diketengahkan. Implikasi kajian ini diharap dapat

membantu perkembangan ilmu bidang seni halus Malaysia menerusi rangkaian naratif

idea produksi visual karya catan bagi dihubungkaitkan dengan hujahan isu semasa yang

bersifat kritis. Sumbangan ini termasuk dalam pembinaan perspektif dan paradigma

baru dalam merungkaikan konotasi figura awam viral menerusi selebiri internet sebagai

suatu bentuk propaganda visual dan verbal dalam konteks semasa.