Perbandingan kesan antara Quizizz dan Google Form terhadap pencapaian imbuhan apitan Bahasa Melayu murid Cina tingkatan dua

Kajian ini bertujuan mengkaji perbandingan kesan antara Quizizz dan Google Form

terhadap pencapaian imbuhan apitan Bahasa Melayu murid Cina tingkatan dua.

Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen kuasi d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zahidah Zainaripin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9855
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengkaji perbandingan kesan antara Quizizz dan Google Form

terhadap pencapaian imbuhan apitan Bahasa Melayu murid Cina tingkatan dua.

Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen kuasi digunakan dalam kajian

ini. Seramai 31 orang murid Cina tingkatan dua di sebuah sekolah menengah dalam

daerah Sentul, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilibatkan sebagai sampel kajian.

Kajian ini diukur dengan menggunakan kertas praujian dan pascaujian untuk mengenal

pasti tahap pencapaian imbuhan apitan Bahasa Melayu murid Cina tingkatan dua.

Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Quizizz seramai 15

orang murid dan kumpulan Google Form seramai 16 orang murid. Kumpulan Quizizz

diajar menggunakan Quizizz manakala kumpulan Google Form diajar menggunakan

Google Form. Pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua kumpulan kajian

dijalankan selama empat minggu. Data kajian dianalisis dengan menggunakan analisis

deskriptif dan inferensi. Analisis desriptif merangkumi peratusan, min dan sisihan

piawai manakala analisis inferensi pula melibatkan ujian-t. Dapatan kajian

menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dari segi pencapaian

imbuhan apitan bagi kumpulan Quizizz dan kumpulan Google Form dalam praujian

(t=0.909). Dapatan kajian dalam praujian dan pascaujian bagi kumpulan Google Form

dan kumpulan Quizizz masing-masing menunjukkan terdapat perbezaan min yang

signifikan iaitu (t=-5.803) bagi kumpulan Google Form dan (t=-3.991) bagi kumpulan

Quizizz. Dapatan kajian dalam pascaujian bagi kumpulan Quizizz dan kumpulan Google

Form dari segi pencapaian imbuhan apitan pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan

min yang signifikan (t=0.711). Kesimpulannya, pendekatan pembelajaran berasaskan

permainan atau berkonsep gamifikasi dapat meningkatkan pencapaian imbuhan apitan

Bahasa Melayu murid Cina. Implikasi kajian ini dapat membuktikan bahawa

penggunaan Quizizz dan Google Form adalah sesuai dan berupaya meningkatkan

pencapaian imbuhan apitan Bahasa Melayu murid Cina secara signifikan.