Penilaian pelaksanaan kursus mata pelajaran pengajian umum (MPU) Pengajian Islam di Politeknik Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kursus (MPU) Pengajian Islam

Politeknik Malaysia berdasarkan model CIPP. Fokus kajian ini adalah: kerelevanan

antara objektif kursus (MPU) dengan Falsafah Pendidikan Ke...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9857 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kursus (MPU) Pengajian Islam

Politeknik Malaysia berdasarkan model CIPP. Fokus kajian ini adalah: kerelevanan

antara objektif kursus (MPU) dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah

Pendidikan Islam, penilaian pelaksanaan kursus MPU dari aspek; kompetensi

pensyarah, modul, infrastruktur, pelaksanaan amalan (P&P), produk; impak,

keberkesanan, kemampanan dan kebolehpindahan. Rekabentuk kajian adalah kaedah

kuantitatif disokong oleh kualitatif menggunakan instrumen soal selidik pelajar,

pensyarah dan temu bual. Seramai 202 orang pensyarah dan 353 orang pelajar terlibat

dalam kajian ini. Analisis dokumen digunakan untuk melihat kerelevanan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam dengan objektif kursus (MPU)

melalui nilai pekali persetujuan Cohen Kappa. Data kuantitatif dianalisis secara

deskriptif menggunakan SPSS manakala data kualitatif dianalisis secara manual.

Analisis PLS-SEM digunakan untuk melihat perhubungan di antara pemboleh ubah.

Hasil dapatan kajian dimensi konteks mendapati, terdapat kerelevanan antara objektif

kursus (MPU) dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Dimensi input; kompetensi pensyarah, kesediaan modul MPU persepsi pelajar, jam

pembelajaran (SLT) persepsi pelajar, bilik kuliah persepsi pelajar, perpustakaan

persepsi pensyarah dan pelajar, peralatan ICT persepsi pensyarah dan pelajar berada

pada tahap yang tinggi. Manakala kesediaan modul MPU persepsi pensyarah, jam

pembelajaran (SLT) persepsi pensyarah, bilik kuliah persepsi pensyarah berada pada

tahap sederhana tinggi. Dimensi proses; amalan pengajaran persepsi pelajar, amalan

pembelajaran persepsi pensyarah, penggunaan (BBM) persepsi pelajar, pemantauan

pelaksanaan (P&P) persepsi pensyarah, pemantauan dokumen kursus MPU,

pentaksiran kursus (PB) persepsi pensyarah dan pelajar berada pada tahap tinggi.

Manakala amalan pengajaran persepsi pensyarah, amalan pembelajaran persepsi

pelajar, penggunaan (BBM) persepsi pensyarah berada pada tahap sederhana tinggi.

Dimensi produk impak, keputusan (PB) seramai 351 pelajar mendapat A dan sekurangkurangnya

C+, persepsi pelajar terhadap kursus (MPU) berada pada tahap tinggi,

dimensi produk keberkesanan, pencapaian berdasarkan objektif kursus persepsi

pensyarah berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala dimensi produk

keberkesanan; terdapat hubungan signifikan kompetensi pensyarah dengan

pengetahuan pedagogi dan pengetahuan pedagogikal kandungan ( = -0.180; t = 2.437),

Produk kemampanan; terdapat hubungan signifikan pelaksanaan kursus (MPU) dengan

pembentukan kefahaman akidah ( = 0.612; t = 18.196), ibadah ( = 0.610; t = 16.978)

dan akhlak ( = 0.629; t = 21.441). Produk kebolehpindahan; terdapat hubungan

signifikan pelaksanaan kursus (MPU) dengan amalan penghayatan akidah ( = 0.685; t

= 23.558), ibadah ( = -0.142; t = 3.023) tetapi tidak signifikan pada amalan

penghayatan akhlak ( = -0.105; t = 1.550). Kesimpulannya, pelaksanaan kursus (MPU)

dilaksanakan dengan baik, walau bagaimanapun aspek akhlak perlu diberi

penambahbaikan. Oleh itu, dicadangkan agar konsep ehsan dimasukkan dalam kursus

(MPU) ini untuk melahirkan pelajar seimbang secara holistik dari aspek akademik dan

mempunyai akhlak yang terpuji.