Hubungan di antara ciri-ciri keusahawanan dengan aspirasi keusahawanan pelajar generasi Felda

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan dan aspirasi keusahawanan pelajar sekolah menengah generasi Felda di daerah Maran. Selain itu, kajian ini juga untuk mengenal pasti perbezaan antara faktor-faktor demografi dengan ciri-ciri keusahawanan dan aspirasi ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Sazali Ali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9868
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri keusahawanan dan aspirasi keusahawanan pelajar sekolah menengah generasi Felda di daerah Maran. Selain itu, kajian ini juga untuk mengenal pasti perbezaan antara faktor-faktor demografi dengan ciri-ciri keusahawanan dan aspirasi keusahawanan pelajar. Pada masa yang sama, kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan di antara ciri-ciri keusahawanan dengan aspirasi keusahawanan pelajar di samping menentukan hubungan faktor demografi dan ciri-ciri keusahawanan terhadap aspirasi keusahawanan pelajar. Sebanyak 317 sampel daripada pelajar tingkatan 4 dipilih daripada 10 buah sekolah menengah di daerah Maran. Satu set soal selidik yang mengandungi 41 item digubal untuk meninjau ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan pelajar manakala 7 item untuk mengenal pasti aspirasi keusahawanan dalam kalangan pelajar. Ciri-ciri keusahawanan pelajar dikaji dalam 6 demensi iaitu keperluan kepada pencapaian, inovasi, kesanggupan mengambil risiko, lokus kawalan dalaman, toleransi ketaksaan (tolerance of ambiguity) dan keyakinan diri. Faktor-faktor demografi pula terdiri daripada jantina, aliran pengajian, mata pelajaran elektif perdagangan, jenis pekerjaan bapa/ penjaga, pendapatan keluarga, wang saku dan penglibatan pelajar dalam aktiviti perniagaan. Dalam kajian ini, dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferens. Analisi ujian-t dan ANOVA satu hala dengan aras kesignifikanan 0.05 mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam ciri ciri keusahawanan dengan faktor-faktor demografi. Namun terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspirasi keusahawanan bagi faktor demografi mata pelajaran elektif perdagangan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti perniagaan. Hasil ujian kolerasi menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara ciri-ciri keusahawanan dengan aspirasi keusahawanan pelajar. Hasil ujian regrasi pula membuktikan hanya dalam dimensi ciri keperluan kepada pencapaian, lokus kawalan dalaman dan faktor demografi hanya mata pelajaran elektif perdagangan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti perniagaan yang signifikan terhadap aspirasi keusahawanan pelajar dalam analisis tersebut.</p>