Tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan bagi pelajar lelaki dan perempuan Institut Perguruan Tawau

Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui tahap kecergasan pelajar Institut Perguruan

Tawau Sabah yang belajar sepenuh masa di institut perguruan ini. Pelajar ini mewakili

pelbagai unit dan opsyen pengajian. Antara u...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2007

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9876 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Tujuan kajian ini ialah untuk mengetahui tahap kecergasan pelajar Institut Perguruan

Tawau Sabah yang belajar sepenuh masa di institut perguruan ini. Pelajar ini mewakili

pelbagai unit dan opsyen pengajian. Antara unit dan opsyen pengajian yang terdapat di

Institut Perguruan Tawau ialah Unit PISMP bagi opsyen Sains, Unit PISMP bagi Unit

Matematik, Unit KPLI bagi opsyen Bahasa Inggeris, KPLI bagi opsyen Matematik dan

PISMK bagi opsyen Pendidikan Jasmani. Dengan mengetahui tahap kecergasan pelajar

ini maka boleh dijadikan panduan untuk para pensyarah Pendidikan Jasmani dan

Pensyarah Penasihat Ko-Kurikulum (olahraga dan sukan permainan) merancang dan

merangka program bagi meningkatkan kecergasan di samping elemen dan disiplin lain

dalarn sukatan pelajaran tersebut. Pengukuran prestasi kecergasan fizikal diperoleh

berdasarkan konstruk bateri ujian Prudential FITNESSGRAM, yang terdiri daripada 5

ujian utama iaitu ujian PACER (Multistage Fitness Test), ujian push up Ujian Curl

Up, ujian Trunk Lift, dan ujian Komposisi Badan. Lima ujian tersebut adalah bagi

menguji lima komponan utama kecergasan fizikal iaitu daya tahan kardiovaskular, daya

tahan otot, kekuatan otot, kelembutan/kelenturan dan komposisi lemak badan. Skor ujian

bagi setiap komponan ujian kecergasan akan dianalisa mengunakan SPSS dan

dibandingkan dengar norma kecergasan oleh Barry L. Johnson dan Jack K. Nelson bagi

norma PACER, norma push up oleh Prentice, W.E. (1999), norma curl up dan trunk

Iift oleh Baumgartner, T.A & Jackson. A.S. (1982) dan norma Indeks Jisim Badan oleh

Jaquier (1987). Norma Kecergasan ini dipilih sebagai perbandingan tahap kecergasan

pelajar kerana norma kecergasan tersebut adalah piawai dan telah digunapakai oleh

kebanyakan pengkaji sebelum ini. Pencapaian Prestasi Min Ujian Kecergasan pelajar

Institut Perguruan Tawau apabila dibandingkan dengan norma ujian yang dilakukan

menunjukkan pelajar lelaki bagi komponan daya tahan kardiovaskular, berada pada min

30.88 dan pelajar perempuan pada min 21.72 iaitu tahap Lemah bagi lelaki dan Sangat

Lemah bagi perempuan. Dapatan ini menunjukkan pelajar lelaki mempunyai daya tahan

kardiovaskular yang baik daripada pelajar perempuan. Bagi Komponan kekuatan otot

yang diuji melalui ujian push up pelajar lelaki mendapat min 22.50 iaitu pada tahap

lemah, manakala pelajar perempuan berada pada min 14.54 iaitu pada tahap sederhana.

Ini menunjukkan pelajar perempuan mempunyai kekuatan otot yang baik daripada pelajar

lelaki. Ujian curl up menunjukkan daya tahan otot pelajar lelaki juga berada pada tahap

lemah iaitu min 28.54 manakala pelajar perempuan juga berada pada tahap lemah iaitu

min 21.40. ini menunjukkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai daya tahan

otot yang hampir sama. Bagi Ujian trunk lift menunjukkan kelenturan pelajar lelaki dan

perempuan berada pada tahap Permulaan (beginner) dengan masing-masing mendapat

min 27.26 dan 30.22. Cuma komposisi badan sahaja berada di tahap ideal bagi pelajar

lelaki dan perempuan iaitu min 21.04 dan 21.26.