Penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum di kalangan Guru sekolah menengah: satu kajian kes

<p>Kajian ini bertujuan meninjau perlaksanaan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum sekolah menengah. Dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengetahuan guru sekolah menengah mengenai konsep penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Selain it...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Ashikin Mohd Yusop
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9878
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan meninjau perlaksanaan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum sekolah menengah. Dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengetahuan guru sekolah menengah mengenai konsep penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenal pasti kaedah yang digunapakai guru serta masalah-masalah yang dihadapi guru dalam melaksanakan penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif menggunakan temu bual semi struktur telah digunakandalamkajianini. Seramai15orangguru yang mewakilisetiapmatapelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Pendidikan Seni, PendidikanJasmanidan Kesihatan,Biologi, Fizik, Kimia, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Sains Pertanian dan Kemahiran Hidup Bersepadu, dari salah sebuah sekolah menengah dalam daerah Kota Star, Kedah telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru tahu mengenai konsep penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum iaitu Pendidikan Alam Sekitar diterapkan melalui semua mata pelajaran yang sedia ada. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru untukmenerapkanPendidikan Alam Sekitarsepertikaedahmembuat karangan, perbincangan, penerapan nilai-nilaimoral, aktivitikitarsemula, aktivitimelukis, lakonan,demonstrasi, aktiviti luar bilik darjah, kerja amali, menonton televisyen, video dan slaid serta bercerita. Kaedah yang lazim digunakan oleh guru dari pelbagai bidang mata pelajaran ialah melalui penerapan nilai-nilai moral. Ini diikuti dengan kaedah perbincangan dan kitar semula. Kaedah lakonan, demonstrasi, aktiviti melukis dan luar bilik darjah kurang digunakan. Antara masalah penerapan Pendidikan Alam Sekitar merentasi kurikulum yang telah dikenalpasti adalah masalah kekangan masa, terikat kepada silibus, tidak terdapat perkaitan dengan subjek yang diajar, tidak berkemahiran, sikap pelajar, penguasaan bahasa serta tahap pelajar yag lemah. Hampir semua guru daripada pelbagai bidang mata pelajaran menghadapi masalah terikat kepada silibus dan mata pelajaran yang diajar tidak mempunyai kaitan dengan Pendidikan Alam Sekitar. Beberapa cadangan telah dikemukakanuntuk menggalakkan penerapan PendidikanAlam Sekitarmerentasikurikulumdan mengatasi masalah yang dihadapiguru.</p>