Punca-punca tekanan kerja dalam kalangan Guru Besar di daerah Batang Padang dan Hilir Perak

<p>Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau punca-punca tekanan kerja guru besar di daerah Batang Padang dan Hilir Perak yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Selain itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca-punca tekanan kerja guru besar, mengenal pasti tahap te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azlan Lin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9879
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau punca-punca tekanan kerja guru besar di daerah Batang Padang dan Hilir Perak yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Selain itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca-punca tekanan kerja guru besar, mengenal pasti tahap tekanan kerja dalam kalangan guru besar di kawasan kajian serta meninjau perbezaan tekanan kerja dengan pembolehubah daerah, lokasi, jenis sekolah, sesi sekolah, gred sekolah, jantina, umur, pengalaman, enrolmen guru, enrolmen pelajar dan enrolmen staf. Pengujian punca tekanan menggunakan alat ukur Administrative Stress Index (ASI). Dapatan menunjukkan tekanan kerja di daerah Batang Padang dan Hilir Perak pada tahap sederhana dan punca utama tekanan guru besar di kedua-dua daerah ialah harapan tinggi pihak atasan. Sebanyak 96 (100%) soal selidik dari daerah Batang Padang dan 110 (97.3%) dari daerah Hilir Perak telah dikembalikan kepada pengkaji. Statistik deskriptif digunakan untuk mengukur tahap tekanan pekerjaan dan punca-punca tekanan pekerjaan manakala analisis inferens (univariate dan korelasi [Pearson]) digunakan untuk mengenalpasti pengaruh pembolehubah-pembolehubah demografi diri dan latar belakang sekolah terhadap tekanan pekerjaan. Dapatan kajian menunjukkan (1) tidak wujudnya perbezaan signifikan antara tekanan pekerjaan dengan pemboleh ubah daerah, lokasi, jenis, sesi, dan gred sekolah; (2) tidak wujudnya perbezaan tekanan pekerjaan dengan pembolehubah umur, jantina dan pengalaman; (3) tidak wujudnya hubungan antara tekanan pekerjaan dengan enrolmen pelajar; dan (4) tidak wujudnya hubungan antara tekanan pekerjaan dengan enrolmen guru dan staf. Kajian ini turut mencadangkan agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil langkah-langkah drastik bagi membantu guru besar mengatasi tekanan mereka. Namun, guru besar juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk mengatasi tekanan kerja yang dihadapinya supaya tidak terdedah kepada kesan negatif tekanan.</p>