Keberkesanan kaedah kes dalam subjek Prinsip Perakaunan terhadap pembangunan kompetensi dan pencapaian prestasi pelajar

<p>Kajian eksperimen ini telah menguji keberkesanan kaedah kes terhadap pembangunan kompetensi dan pencapaian prestasi pelajar dalam subjek Prinsip Perakaunan. Kompetensi yang dikaji ialah kompetensi penyelesaian masalah, komunikasi, kepimpinan dan kerja kumpulan. Tujuan utama kajian i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ruzita Ab Halim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9882
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian eksperimen ini telah menguji keberkesanan kaedah kes terhadap pembangunan kompetensi dan pencapaian prestasi pelajar dalam subjek Prinsip Perakaunan. Kompetensi yang dikaji ialah kompetensi penyelesaian masalah, komunikasi, kepimpinan dan kerja kumpulan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membandingkan kaedah kes dengan pengajaran tradisional dengan melihat kesan kedua-dua kaedah terhadap pembangunan kompetensi dan pencapaian prestasi pelajar. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen dan melibatkan 61 orang pelajar. Tempoh masa kajian adalah lapan minggu. Data dikutip menggunakan borang soal selidik dan ujian prestasi. Data dianalisis menggunakan ujian-t dan analisis ujian kovarians (ANCOVA). Dapatan kajian menunjukkan pencapaian prestasi dan pembangunan kompetensi iaitu penyelesaian masalah dan komunikasi pelajar kumpulan kaedah kes lebih tinggi dan signifikan berbanding pelajar kumpulan pengajaran tradisional. Secara keseluruhannya, kebanyakan pelajar kumpulan kaedah kes menerima baik pelaksanaan kaedah ini. Implikasi dapatan kajian ini ialah kaedah kes wajar digunakan sebagai satu kaedah P&P di dalam pendidikan Perakaunan bagi membangunkan kompetensi dan pencapaian prestasi pelajar.</p>