Kesan modul penggunaan 5E terhadap pencapaian dan minat terhadap mata pelajaran Sains dalam kalangan murid tahun 5

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan Model Pembelajaran Inkuiri 5E

berbanding dengan kaedah tradisional berpusatkan guru terhadap pencapaian sains dan

minat terhadap sains dalam kalangan murid tahun 5. Ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Devi Govindasamy
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9884
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan Model Pembelajaran Inkuiri 5E

berbanding dengan kaedah tradisional berpusatkan guru terhadap pencapaian sains dan

minat terhadap sains dalam kalangan murid tahun 5. Kajian ini menggunakan reka

bentuk kuasi eksperimen ujian pra dan ujian pos yang melibatkan 65 orang murid tahun

5 di Daerah Gombak. Sejumlah 33 orang murid berada dalam kumpulan eksperimen,

manakala seramai 32 orang murid lagi berada di dalam kumpulan kawalan. Kumpulan

eksperimen didedahkan kepada topik elektrik dan asid dan alkali menggunakan kaedah

Inkuiri 5E manakala kumpulan kawalan yang berpusatkan guru juga didedahkan

dengan topik yang sama. Ujian pra-pencapaian dan soal selidik pra-minat diberikan

kepada kedua-dua kumpulan sebelum intervensi, manakala ujian pos-pencapaian dan

soal selidik pos-minat diberikan selepas intervensi. Hasil analisis data ujian prapencapaian

dan soal selidik pra-minat menunjukkan ketidaksignifikanan untuk prapencapaian

dalam topik asid dan alkali, manakala terdapatnya kesignifikanan untuk

pra-pencapaian dalam topik elektrik dan pra-minat yang bermaksud wujudnya

ketidaksetaraan awal sebelum bermulanya interventsi. Lantaran itu, bagi pospencapaian

dalam topik asid dan alkali, analisis menggunakan ujian-t sampel bebas

menunjukkan kumpulan eksperimen mencapai min yang lebih tinggi dan signifikan

secara statistik berbanding dengan kumpulan kawalan [t (63) = 7.86, p = .000 <.001].

Bagi pos-pencapaian dalam topik elektrik, analisis menggunakan ujian-t sampel bebas

berdasarkan dua kategori pra-pencapai, kumpulan eksperimen mencapai min yang

lebih tinggi dan signifikan secara statistik berbanding dengan kumpulan kawalan

merentas kategori pra-pencapaian prestasi rendah [t (34) = 7.11, p <.001] dan prapencapaian

prestasi sederhana [t (27) = 4.88, p <.001]. Bagi pos-minat pula, analisis

menggunakan ujian-t sampel bebas berdasarkan tiga kategori pra-minat, kumpulan

eksperimen mencapai min yang lebih tinggi dan signifikan secara statistik berbanding

dengan kumpulan kawalan merentas kategori pra-minat sederhana [t (22) = 8.71, p =

.000 < .001] dan pra-minat tinggi [t(32) = 2.64, p = .012 < .05], manakala hasil

keputusan kategori pra-minat rendah diabaikan kerana kekangan bilangan sampel.

Kesimpulan hasil dapatan keseluruhan menunjukkan kesan positif dari penggunaan

Kaedah Inkuiri 5E terhadap pencapaian sains dan minat terhadap sains dalam kalangan

murid tahun 5.