Keberkesanan Kaedah Iqranik iVAK terhadap kemahiran bacaan awal Bahasa Melayu murid prasekolah

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan Kaedah Iqranik iVAK terhadap

kemahiran bacaan awal bahasa Melayu murid prasekolah. Kaedah Iqranik iVAK telah

dibangunkan menggunakan Model ADDIE iaitu fasa analisis ke...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Nursyazwani Abdul Latif
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2023
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9892
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan Kaedah Iqranik iVAK terhadap

kemahiran bacaan awal bahasa Melayu murid prasekolah. Kaedah Iqranik iVAK telah

dibangunkan menggunakan Model ADDIE iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka

bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Dalam konteks isi

kandungan iVAK, teori tingkah laku, model Malakat Ibnu Khaldun serta model VAK

Fleming telah digunakan sebagai asas kepada Kaedah Iqranik iVAK. Keberkesanan

Kaedah Iqranik iVAK diukur melalui persepsi 61 orang guru prasekolah yang telah

dipilih secara persampelan bertujuan di daerah Baling, Kedah. Kaedah Iqranik iVAK

telah disahkan oleh tiga orang pakar dalam bidang. Seramai 20 murid prasekolah juga

terlibat dalam kajian ini di mana mereka belajar melalui Kaedah Iqranik iVAK tersebut

selama empat minggu. Instrumen kajian terdiri daripada tiga set soal selidik dan ujian

pra-pasca yang telah dijalankan berdasarkan fasa penyelidikan. Untuk fasa analisis

keperluan, data soal selidik guru mengesahkan bahawa terdapat keperluan untuk

membangunkan satu kaedah bacaan awal bahasa Melayu prasekolah yang baharu.

Daripada aspek reka bentuk dan pembangunan, panel pakar telah mengesahkan tiga

konstruk utama dengan penambahan satu konstruk baharu dalam Kaedah Iqranik iVAK.

Analisis ujian pra-pasca menggunakan paired sample t-test menunjukkan terdapat

peningkatan yang signifikan pada skor selepas rawatan (t = -41.90; df =19, p = 0.00).

Fasa penilaian pula menunjukkan guru prasekolah bersetuju bahawa Kaedah Iqranik

iVAK ini adalah mudah digunakan dan berkesan untuk meningkatkan kefahaman

murid. Kesimpulannya, Kaedah Iqranik iVAK telah meningkatkan kefahaman dan

kemahiran bacaan awal bahasa Melayu murid prasekolah yang terlibat dalam kajian ini.

Implikasi kajian menunjukkan bahawa Kaedah Iqranik iVAK boleh digunakan oleh

guru-guru di prasekolah awam atau swasta.