Ragam hias Selayah Keringkam dalam konteks seni sulaman KSSM Pendidikan Seni Visual Tingkatan Dua

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji ragam hias Selayah Keringkam dalam

konteks seni sulaman yang diperkenalkan dalam Dokumen Standard Sekolah

Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Meneng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amirul Redzuan Sepini
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9895
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji ragam hias Selayah Keringkam dalam

konteks seni sulaman yang diperkenalkan dalam Dokumen Standard Sekolah

Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) Tingkatan 2. Terdapat tiga objektif

dalam penyelidikan ini iaitu mengenal pasti ciri-ciri ragam hias Selayah Keringkam,

mengklasifikasikan motif dan reka corak Selayah Keringkam, dan menganalisis aspek

ragam hias yang terdapat pada Selayah Keringkam. Penyelidikan ini menggunakan

pendekatan kualitatif dengan tiga jenis kaedah iaitu kaedah pemerhatian, temu bual

dan analisis dokumen. Seramai tiga orang informan dipilih untuk memberi sumber

dapatan kajian bagi menjawab persoalan dalam penyelidikan ini. Penyelidik

menggunakan teori Apresiasi oleh Edmund Burke Feldman dan pendekatan Estetika

oleh Zakaria Ali. Penyelidik telah menggunakan lima sampel penyelidikan iaitu tiga

helai tudung Selayah Keringkam dan dua helai selendang Selayah Keringkam. Sampel

penyelidikan merupakan koleksi tekstil peribadi Salbiah Muhi dan adiknya Zainab

Muhi. Hasil penyelidikan mendapati Selayah Keringkam merupakan seni sulaman

popular dalam kalangan masyarakat Melayu di Kuching, Sarawak yang terhasil

daripada seni sulaman benang emas yang dikenali sebagai Keringkam. Motif yang

paling dominan digunakan adalah motif jenis flora. Antaranya ialah motif bunga mawar,

bunga pedada, dan bunga orkid. Kesemua motif yang melalui proses klasifikasi telah

dilakar semula dengan lakaran ilustrasi digital menggunakan perisian Adobe Ilustrator

CS5. Secara rumusannya, Selayah Keringkam merupakan seni tekstil yang

melambangkan status kemewahan. Ianya merujuk kepada kehalusan sulaman motif

dan ketinggian nilai benang Keringkam yang disadur emas dan disulam pada

permukaan kain kasa rubia. Diharapkan dengan adanya dokumentasi penyelidikan ini

dapat merealisasikan hasrat menjadikan sebagai bahan rujukan dokumen (DSKP)

bagi bidang seni sulaman dalam dokumen (KSSM) (PSV) Tingkatan 2.