Menganggarkan kerugian output ketidakhadiran guru di sekolah

Guru merupakan guna tenaga yang menyumbangkan produktiviti dalam ekonomi. Kos

sumber manusia dalam pendidikan adalah penting oleh pihak kerajaan dan negara. Ketidakhadiran guru

dikaitkan dengan pengurangan produktiv...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |

التنسيق: | thesis |
اللغة: | zsm |
منشور في: |
2012

الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9914 |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!

الملخص: |
Guru merupakan guna tenaga yang menyumbangkan produktiviti dalam ekonomi. Kos

sumber manusia dalam pendidikan adalah penting oleh pihak kerajaan dan negara. Ketidakhadiran guru

dikaitkan dengan pengurangan produktiviti iaitu kerugian ekonomi dari sudut output. Tujuan kajian

ini ialah untuk menganggarkan kos yang telah ditanggung oleh kerajaan atau pelajar akibat daripada

ketidakhadiran guru di sekolah sama ada disebabkan oleh cuti yang telah diambil dan urusan rasmi

yang merangkumi unit kurikulum, ko kurikulum dan hal ehwal murid. Kajian ini juga mengenal pasti

sebab-sebab ketidakhadiran guru di sekolah. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih kajian

berbentuk kajian kes yang melibatkan 78 orang guru di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di

Selangor (Sekolah A) dan 115 orang guru di sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan di Kuala Lumpur

(Sekolah B). Dapatan kajian menunjukkan di sekolah menengah, pengambilan cuti sakit di klinik

swasta atau di hospital swasta adalah lebih tinggi berbanding jenis cuti yang lain. Manakala di

sekolah rendah pula, hasil kajian menunjukkan bahawa jumlah hari guru tidak hadir ke sekolah yang

disebabkan oleh pengambilan cuti bersalin adalah lebih tinggi berbanding jenis cuti yang lain.

Kerugian akibat ketidakhadiran guru di sekolah menengah yang dikaji mengikut jumlah hari bekerja

adalah RM 268,339.18 setahun. Manakala di sekolah rendah pula, jumlah kerugian akibat

ketidakhadiran guru mengikut jumlah hari bekerja adalah RM311,043.70 setahun. Salah satu cadangan

adalah mewujudkan perjawatan baru di sekolah. Walaupun kos penggajian bertambah, namun dari sudut

ekonomi terhadap modal manusia (output) sebenarnya memberi perolehan yang lebih besar dalam

pelaburan jangka masa panjang. Kerugian dan ketinggalan pelajar dalam pelajaran perlulah diambil

perhatian yang lebih utama berbanding daripada kos kewangan yang terlibat untuk memperbaiki

sistem pendidikan yang sedia ada demi menjaga kepentingan pelajar, guru, kerajaan dan negara.