Pembangunan dan kebolehgunaan modul pengajaran STEM-C mengintegrasikan pembelajarn berasaskan projek bagi topik pengamiran tingkatan 5

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menguji kebolehgunaan modul pengajaran

Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik mengintegrasikan pembelajaran berasaskan

projek bagi topik Pengamiran Tingkatan 5 yang d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainab Alias
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9917
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menguji kebolehgunaan modul pengajaran

Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik mengintegrasikan pembelajaran berasaskan

projek bagi topik Pengamiran Tingkatan 5 yang dinamakan Modul STEM-C berteraskan

kepada bidang pembelajaran Kalkulus. Kajian ini menggunakan Reka Bentuk Kajian

Pembangunan dengan mengaplikasikan Model ADDIE iaitu analisis (A), reka bentuk (D),

pembangunan (D), pelaksanaan (I) dan penilaian (E) sebagai turutan langkah yang

sistematik dalam membangunkan Modul STEM-C. Modul ini didasari teori

Konstruktivisme dan Constructionism serta gaya pembelajaran abad ke-21 di mana

Rancangan Pengajaran Harian mengorientasikan Model Pengajaran 5E (Engagement,

Elaboration, Exploration, Explanation, Evaluation) dan Model PaDL (Planning and

Design Learning). Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik untuk menentukan

tahap kesahan dan kebolehgunaan modul dari perspektif guru. Lima orang pakar telah

menilai kesahan kandungan Modul STEM-C menggunakan borang penilaian kesahan

pakar di mana nilai Indeks Kesahan Kandungan yang diperolehi ialah 1.00. Seramai 22

orang guru Matematik Tambahan di daerah Maran telah dipilih sebagai sampel kajian

dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan bagi menentukan tahap

kebolehgunaan Modul STEM-C. Soal selidik kebolehgunaan digunakan bagi meninjau

tahap kebolehgunaan modul dari perspektif guru. Hasil kajian menunjukkan tahap

kebolehgunaan Modul STEM-C adalah tinggi di mana skor min bagi kelima-lima aspek

pengujian kebolehgunaan memperoleh nilai skor min melebihi 3.41. Kesimpulannya,

Modul STEM-C mempunyai kesahan kandungan yang memuaskan menurut pandangan

pakar dan tahap kebolehgunaan yang tinggi berdasarkan perspektif guru. Implikasinya,

Modul STEM-C boleh menjadi bahan pengajaran Sains, Teknologi, Engineering dan

Matematik yang autentik dalam membantu guru mempelbagaikan teknik pengajaran yang

lebih dinamik dan memaksimumkan penglibatan murid. Selain itu, penggunaan Modul

STEM-C juga dapat menjadikan gaya pengajaran guru lebih fleksibel dan kreatif.